Assalamualaikum and hello earthlings! 💜
Omg weh lama gilehhhh tak lepak sini. Lama tak kongsi cerita dan lama jugak tak merepek dekat sini. Rindunya weh! Nervous nak mulakan balik sebab rasa macam aku dah tak pandai bercerita. Walaupun sekarang dah lepak dekat Twitter dan Instagram, jarang kot nak kongsi apa-apa dekat sana. Akaunnya ada, aktif. Tapi tak berapa nak rajin nak buat IG story mahupun twt pasal apa-apa. Sebab aku yakin, kisah aku tak menarik manapun hahaha.
Kalau dekat Twitter tu selalu jugaklah tweet benda random je. Misalnya baru-baru ni aku duk sibuk berkicau pasal AoT, Your Lie In April dan beberapa filem anime yang lain. Ada jugak aku kongsi pasal kerja aku apa semua. Oh dan bagi yang tertanya-tanya aku kerja apa, aku belum terjun ke dunia kerjaya yang mana pagi-pagi kau bersiap lepastu menuju ke kantor sambil di mulut ada sekeping roti Gardenia yang disapu jem strawberi dan pulang kerja bila langit bertukar jingga tanda masuk senja. Aku kerja sebagai Virtual Assistant salah satunya.
Amboi!
Salah satu engkauuuuu banyak ke kerja tuuuuu sampai salah satu tuuuu nyahhhh??!!
Aku ada join program GLOW MDEC ni haaa. Lepas habiskan 3 hari online introduction workshop dan 3 bulan mentoring session, dapatlah gelaran Digital Freelancer. Tu yang kerja macam pelbagai sangat tu. Awalnya aku konon nak commit dalam dunia digital freelancing ni sampai bebila. Aku rasa cam cool kot sebab kau hanya perlu ada laptop dan kelajuan Internet yang memuaskan je. Tu je yang aku fikir masatu haha. Bila dah mula dapat clients, amik kauuuu terus cam ok rakluhhhh byeee.
Misalnya, masa aku berjaya bid VA project haritu. Dapat pulak klien dari Brisbane, yang mana majoriti siapa yang join Freelancer memang akan dapat clients dari luar negara pun lulz. Makanya perbezaan timezone sepatutnya bukanlah masalah untuk engkau berkomunikasi dengan klien dan siapkan project beliau. Gitchewwwww ye. Okay sambung balik. Untuk kerja ni aku dibayar 2 jam dalam sehari. Kiranya seminggu tu kena kerja 10 jam. Bunyi cam best dan senang kan? Tidak ye anak-anak. Aku tiap hari mencarut dalam hati. Kerja memang 2 jam sehari, tapi aku kena duk lama-lama depan laptop sebab nak kena faham dulu tasks tu kena buat cemana. Kalau tak silap aku, secara keseluruhan jam terkumpul sehari ialah 6 jam weh. Memula tu aku okay jelah kan. Bila dah masuk 2nd month tu terus rasa cam, yihhhh tak berbaloi langsung.
Dalam workspace tu ada boss dan manager. Kau bayangkan harini manager cakap buat camni camtu, okay kita pun dengan kegigihan yang ada ni pun buatlah ikut arahan manager. Ataupun, harini kau nak siapkan tasks tapi boss dah clock out awal dan masatu tanya manager nak kena buat cemana ni kan, manager suruh tunggu boss esok makanya kau tak siap ah tasks kau kan sebab tak tahu nak buat cemana, Guess what? Esok pagi kena maki dengan boss sebab salah dan tak siapkan kerja. Wow apeni. Tapi tak terasa sangat pun makian tu sebab ianya virtual. Cam sendu gak ah sebab kau tak pasti nak ikut arahan siapa sebab dorang pun masing-masing faham benda lain-lain. Sebabtu kot ramai VAs yang angkat kaki atau diam seribu bahasa tak menyahut bila nama kena mention ke apa. Kira cam hilang tanpa bahasa gitu. Bagi aku tak sopanlah kan camtu. Masuk elok-elok, keluarlah dengan cara yang sama. Tibbehhh
Lepas dua bulan aku setia kerja untuk project ni, tiba masanya untuk aku pamit. Sebab macam aku cakap tadi, tak setimpal bayaran dengan masa yang kau habiskan depan laptop. Aku tak blah macamtu je k. Aku buat cam surat formal okay dan aku bagitau dalam 7 hari sebelum hari terakhir aku kat situ. Aku syak klien aku tak ingat pun pasal aku nak berhenti tu, sempat dia marah aku pasal tak upload Event Planner dekat website dia. Wah wah wah! Engkauuuuuuu masani aku dah bengang. Selalunya bila kena marah ke apa, aku jawab dengan penuh kesopanan dan sangat tenang. Sambil akui semuanya salah aku padahal bukan salah aku kot. Faham kan gaissss!
Berbalik pasal Event Planner tadi, aku pun cakaplah dekat dia pasal aku dah tanya dia bila boleh letak dekat site apa semua. Sebab 3 minggu sebelumnya dia cakap aku idiot sebab tak tunjuk dekat dia dulu untuk approval. Dan lepastu aku selalu jugaklah tanya dia pasal ni nak kena upload cemana, nak kena buang yang lama ke apa semua. Memang aku tanya dan minta dia check tuuuu. Masalahnya dia tak perasan aku mention nama dia tu pun dah satu, dan dia asyik hello its your job its your job. Kang aku buat sesuka hati tak memasal lingkup bisnes orang weh. Aku pun geram jugaklah kan. Pastu aku pun cam dalam minggu ni dah 5 kali aku tanya pasalni ni dan minta dia check task aku kot. Terus aku ok lah guwe nak delete account ni ye, rakluhhhh! Tanpa melihat dia balas apa sebab masatu dah jam 11 p.m. di Brisbane. Tapi aku sertakan maaf jugaklah andai ini bukan jawapan yang dia nak dengar dari aku.
Puas hati ye!
Malamtu siap keluar mengopi dan makan kek sepotong dua demi meraikan hari yang bahagia ini.
Beberapa hari lepastu sendu sikit, sebab jadi kontak rapat kawan yang postif Covid.
Sebelas hari aku lepak pusat kuarantin dekat Panji ye gais.😂
Tapi yang tak bestnya sekarang ni, link untuk project tu tak aktif dekat Freelancer dan klien tak boleh nak bagi review. Ugh buruk reputasi aku dekat sana. Mesti new potential clients ingatkan aku tak siapkan projects sebelumnya. Emosi banget guwe sekarang ni. Padahal dah bagitau manager minta dia hire aku balik sebab link sebelumnya dah hilang. Dan sampai ke sudah takde wehhhh.
Bagi sesiapa yang bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, bolehlah join GLOW ye. Ada jugaklah benda yang nak digebangkan bila kena panggil untuk job interview ke apa en. Takdelah kena judge dengan interviewer sebab duk menganggur dekat rumah. Pastikan jauhi hourly project sebab penat gila ye woi! Bila engkau cuba jadi digital freelancer ni, effort kau kena lebih dari kerja hakiki tuuu. Penat dia berganda k.
Wah, panjang jugak entri kalini. Aku ingatkan bakal tersimpan je niat nak mula kongsi cerita dekat sini.
Okay bye!🍨