Thursday, March 7, 2013

Crazy Little Thing Called Love ♥







Assalamualaikum and hello earthlings :)


Sebenarnya aku bukan ada idea sangat nak update blog harini. Tapi disebabkan kelaparan yang tak dapat dibendung,aku update jugak. Malas nak bangun pergi dapur jelah. Aku taip post ni pun sebab nak melupakan perut yang sudah memulakan konsert ni. Yeah aku tahu aku mengarut gila. Kejap lagi aku rajinkan diri ni melangkah ke dapur. Bukan apa weh. Aku nak habiskan dulu drama Yes,Captain ni. Tapi bosan ah. Loading slow gila -,-" K malas nak download cenggini lah jadinya. Aku tengok online je pun. Aku nak tengok episod 3 je sebenarnya tapi dah terbabas sampai episod 7 dah. K ni akibat malas nak tunggu Isnin minggu depan. Haha aku mana boleh tunggu kalau ada pilot yang handsome lagi berkarisma tu dekat kaca tv weh :3 *pengsan*



Eh aku bukan nak cerita pasal Yes,Captain tulah. Lain kali aku cerita. Hah? Taknak tahu? Hm okay. Aku tak paksa pun korang baca. Hello? Korang? Ramai sungguh yang membacanya ya haha. K sesi menganjing diri sendiri. Okay sambung. Aku nak cerita pasal title post aku tu haaa. Eh eh aku bukan nak cerita pasal aku lah. Aku sepak kang sorang sorang ni. Alalalala mesti ada jugak kan yang pernah layan movie tu. Yeahh tu thai movie doh. Kalau korang tanya aku best ke tak,aku sanggup mintak nombor phone korang then aku call and jerit BEST GILAAAAAAAA macam orang tak cukup Ferum :3 



Movie ni mengisahkan tentang *bajet ayat esei* Nam,perempuan yang agak berbakat and lucu. I mean,dia ni ada daya penarik jugak sebenarnya tapi penampilan dia jelah yang memang tak termasuk dalam golongan perempuan yang lelaki suka kan. Yelah berkulit gelap,berambut pendek and yeah berkaca mata. Nam jatuh hati dengan senior dia,Shone. Shone ni handsome gila dan baik hati sebab tu ramai pelajar perempuan suka gila mati dekat Shone. Nam pun buat bermacam macam cara supaya Shone jatuh hati dekat dia. Ni macam nak tarik perhatian Shone la ni. Kawan kawan Nam,Cheer Gie dan Nim tolong Nam dalam melaksanakan usaha untuk pikat hati Shone.




Okay ni kalau tak silap aku dia panggil crane dance kot. Comel gila Shone masa ni haha. Masa ni Shone kena denda sebab dia ikat tali apa entah. Tapi masa kawan dia nak bangun,haaa amik kau habis meja terbalik. Aku siap buat muka double nerd lagi masa tengok scene tu haha. Masa ni Nam nak pergi tandas tapi sebenarnya dia melencong pergi kelas Shone. Lalu jelah. Alalala bila dah namanya jatuh hati,hari hari nak pergi intai dia kan haha. Masa Nam lalu kelas Shone,Shone pun mula lah tarian dia yang agak pelik tapi comel tu. Nam gelak and terus lari masuk kelas.




Masa ni Nam order Pepsi tapi masa dia tengah order tu pemain bola keranjang sekolah dia macam potong barisan Nam then ambil Pepsi yang Nam dah order tu. Nam marah. Then,Shone pun datang dengan penuh berkarismanya order Pepsi yang lain and bagi dekat Nam. Okay aku tengok muka Nam masa ni memang bahagia tahap petala kelapan ah haha. Tamat je waktu persekolahan,Shone dengan budak budak bola keranjang yang kurang ajar tu bergaduh. Tak ada lah sampai guna parang sabit kapak apa semua kan. Gaduh budak sekolah jelah haha. K aku mengarut apa sebenarnya ni -,-" 



Ni buku 9 Recipe of Love yang Cheer Gie and Nim baca. Nam pada mulanya tak berminat langsung nak ambil tahu. Tapi masa Cheer Gie and Nim baca tu,dia curi curi dengar haha. 



Nilah antara method yang ada dalam buku tuh. Masa nak praktik second method tu diorang berempat tengah makan dekat kantin sekolah. The second method is focus your mind and gaze people who you like. Try to control his mind,then ask him to do something. If successful,then he is your soulmate. Then,Nam cuba buat tapi kawan kawan dia tak perasan pun. Dia tenung Shone and cakap dalam hati,Shone pandang sini. And yeah,Shone pandang dia. K masa ni disebabkan tahap excited yang melampau lah kan,Nam macam jerit ah sikit. Masa nilah baru kawan dia tahu yang Nam senyap senyap buat apa yang diorang baca selama ni haha. Senget much. 


Give something that have heart symbol to your idol. Third method. Nam bagi Shone coklat. Tapi dia letak dekat atas motor Shone jelah. Dia tak berani nak bagi depan depan. Tak pasal pasal buat muka gelabah tahap tak ingat dunia kang. Naya bang -,-" Tapi dekat atas motor Shone tu banyak gila hadiah dari peminat Shone haha. Gila sungguh tahap minat diorang dekat Shone tu. Cheer Gie dengan Nim pun ambil hadiah hadiah tu then letak coklat Nam punya.  Masa diorang nak blah tu sempat lagi menyorok nak tengok apa riak muka Shone kan. Masa Shone angkat coklat tu,coklat yang cair meleleh keluar dari kotak. K siorang lupa masa tu tengah panas terik -,-"




Okay method yang seterusnya, love means having to build yourseld. Use the power of love so that we become smarter,more beautiful and better than before. So eventually he will attracted to us. Cheer Gie dan Nim pun tolong Nam jadi cantik. Haaa semua benda diorang letak dekat muka Nam. Aku boleh terima lagi kalau setakat letak tomato,timun apa semua kan. K yang letak tembikai tu memang tak boleh blah langsung haha.


   
Okay Nam Cheer Gie Nim join kelab Drama dekat sekolah dia. Dia dapat watak jadi Snow White sebab dia pandai English gitu. Sebenarnya dia bukan nak join sangat pun pementasan drama tu. Masa cikgu dia,Miss In pujuk dia join kelab tu,Nam nampak Shone tengah angkat barang untuk props drama tu. Laju je angguk kata nak nak join haha. K prince charming punya pasal kan haha. Keesokan harinya kawan Shone,Pin jadi jurumekap untuk pementasan drama tu. Nam dulu yang kena mekap. Semua orang dekat situ macam weh lawanya Nam. Pin tanya Shone,lawa tak apa semua ni kan. K Shone pun cakap sama je. 




Masa latihan yang terakhir,pembawa watak prince dalam drama tu tak dapat datang sebab cirit birit. Miss In panggil Shone suruh ganti jadi prince kejap. Masa ni scene prince kena kiss Snow White yang tidur lepas makan epal beracun. Eceh kau. Nam punyalah teruja tahap menggila,siap tutup mata rapat rapat lagi. Bila buka mata,haaa amik kau pelakon asal dah mai dah. Nam agak terkejut. Terus dia bangun dari katil and yeah dia hampir terjatuh dari pentas. Shone pegang tangan Nam.



Masa hari pementasan drama tu,Shone tak datang tengok. Nam agak terkilan doh. Habis je pementasan,diorang kumpul ramai ramai dalam bilik persalinan. Nam terpandangkan epal yang dah ada orang gigit atas meja solek. And yeah masa ni aku pulak yang terlebih excited sebenarnya hahaha. Ngeng.



Tiba lah Hari Kekasih. Nam dapat banyak hadiah tapi dia tak happy langsung. Nam tunggu Shone bagi hadiah sebenarnya. And yes permintaan di termakbul,Shone datang bawak bunga mawar. I mean,pokok bunga mawar haha. Haaa amik kau,sekali dengan akar dia bagi. Nam ni punya lah semangat ambil pokok bunga mawar tu,tiba tiba Shone cakap kawan dia bagi. Nam agak kecewa masa ni. K aku ni lagi lah kecewa *lap hingus*



Malam tu Nam buka beg sekolah dia,then dalam tu ada orang selit surat. Nam ingatkan surat tu Shone yang tulis sebab ajak jumpa apa semua kan. Nam happy gila kot. Keesokan harinya,Nam tunggu lah someone yang tulis surat tu dekat tempat yang dijanjikan. Dia nampak Shone and dia yakin Shone lah yang tulis surat tu. Belum sempat Shone mendekati Nam,Top datang mencelah. Then,Nam pun macam eh Shone nak cakap apa tadi kan. Shone pun macam oh takde apa apa pun then dia blah. K masa ni Top cakap dekat Nam yang dia suka Nam. And tanya Nam nak jadi girlfriend dia ke tak. Tapi Nam tak jawab apa apa pun. K aku sangat frust sebenarnya masa scene ni aii aii -,-"

*okay jom skip beberapa scene*


 
Nam pun luahkan perasaan dekat Shone masa hari last sekolah. Shone pun macam terkejut tapi agak tenang riak wajah dia. Dia senyum. Nam baru perasan dekat baju Shone ada tulis nama Pin dengan Shone. Shone pun cakap dekat Nam yang dia dengan Pin ni couple apa semua kan. K Nam terkejut gila.




Nam terkejut sampai tak perasan dia pusing terus jatuh dalam kolam renang tu tahu tak. Aku nak gelak pun macam kesian gila kot *tahan gelak* Sebab masa ni aku dapat merasai apa yang Nam rasa. Sabar Nam sabar *tepuk bahu*


Masa Shone balik rumah tu,dia terkejut sebab ada dua orang lelaki nak Shone join bola sepak dekat Bangkok kalau tak silap aku. Dia happy gila. Yelah peluang ni weh. Dia masuk dapur ,jumpa dengan mak dia. Masa dia buka peti sejuk tulah yang buat aku terharu. Eh hello? Coklat yang Nam pernah bagi dulu tu ada lagi dalam peti sejuk weh *jerit* Shone senyum. Dia masuk bilik dia. Then dia buka diari dia. Hell yeah,penuh gambar Nam ! Ahhhhhh ! Shone! Aku dah agak kau suka dekat Nam ! K kenapa aku pulak yang terlebih excited ni haha. K meh nak letak gambar dalam diari Shone.



Yeahhh aku suka ayat yang last tu. Haha kalau aku jadi Nam,aku terharu tahap menggila ah. Yelah weh. Belum sempat nak habiskan method nak pikat hati,dia cakap Nam dah berjaya *lap air mata*



Yang ni pun ! Elelele bajet lah Shone ni haha. Aku ingatkan apa masa mula mula Pin tanya lawa ke tak. Rupa rupanya dah tertawan hati tu dengan Nam :3 Omomomo omey lah.



 Yang ni masa Nam tergelincir. K dalam hati Nam berbisik dia happy sebab Shone tolong bawak beg dia. Tapi Shone harap dia yang tolong kendong Nam,bukan Top. K manis gila you olls nih !



Okay masa dia belek diari dia,aku punya empangan mata dah bocor weh. Terharu gila ! K kenapa dengan aku ni -,-" Abaikan. Sebelum Shone berangkat pergi meninggalkan kampung halamannya,dia letak diari tu depan rumah Nam. Masa tu Nam tengah frust sebab Shone reject dia dekat kolam renang tu. K mesti Nam terharu gila baca diari Shone tu kan :')



Setelah 9 tahun berlalu.


Nam dah jadi designer and dijemput dalam satu rancangan televisyen yang terkenal. Shone turut dijemput. Nam tak tahu pun Shone dijemput. Alalala bajet surprise gitew :3 Masa tu pengacara show tu macam ada ah jugak tanya Nam pasal kisah peribadi Nam kan. Yang pasal Shone apa semua tu. Nam pun cerita dengan penuh semangat. Dia cakap sebab Shone jugak lah dia jadi dia yang hari ini. Tiba tiba pengacara tu jemput Shone masuk. K nampak sangat keterujaan Nam tu haha. Aku sangat berdebar sebenarnya masa Nam tanya Shone something. 



K aku sayang kau Shone! Yeayyyyy nasib baik kau cakap macam tu,kalau tak aku tampar laju laju kang. Hm macam aku lah pulak pelakon extra movie ni kan -,-" K happy ending :) 


Haaaa letih dah jari aku menaip. K bye you olls *lambai tangan* Malas check typo :*