Saturday, November 19, 2016

Biarku rasa apa yang kau lalu...

Today Was A Fairytale.

Di sebalik nama blog ni ada kisahnya tersendiri. Entahlah. Banyak cerita sudah aku kisahkan dalam blog ni. Semua cerita. Persahabatan, emosi berkecamuk, jatuh cinta buat pertama kali, dan kekecewaan.....

Tapi semua cerita tu aku simpan elok, aku jadikan draft.

Semua orang hendakkan pengakhiran cerita yang gembira macam kisah dongeng. Dengan sedikit serbuk magis, senyuman manis dan mungkin hati yang sedang jatuh cinta.

Selalu orang cakap, biarkan waktu berhenti. Jangan biarkan masa melangkaui cinta mereka.

Tapi, apakah lebih bagus sekiranya waktu tidak dihentikan tetapi biarkan cinta melangkaui masa?

Buat masa sekarang, aku masih kembali pada asal aku yang masih kecewa tu. Dan asal aku yang tidak percaya, kisah dongeng ada pengakhiran yang gembira

Heh, apebenda aku ni.

Selamat malam.

Thursday, November 10, 2016

ngomong kosong aja




Assalamualaikum dan hellooooo semua!

Macam mintak lempang kan kejap muncul kejap hilang. 

Minggu ni dah masuk week 9 untuk semester 3. Dan, percayalah aku baru rasa macam omg omg busy sangat ni! Padahal ambil 12 jam kredit je. Memanglah jadual aku tidak padat mana, mula kelas pukul 10 pagi paling lewat habis kelas pukul 2 petang. Tu untuk hari Isnin sampai Khamis lah. Hari jumaat tu pukul 3 sampai 5 petang. Tapi menarik ok jadual aku. Hahaha. Dalam sehari paling lama 3 jam sahaja wow kan :')

BOOOO PEMALASSS! SEBABTU AMBIL 12 JAM KREDIT JE KANNN???

Bukan malas tau. Aku selalu tak dapat nak daftar awal-awal tu. Penasihat Akademik belum tukar lagi ni masalah besar sebenarnya. Tiap kali nak mintak approval SMP tu memang ayat wajib aku lah kan kena selit ayat alamak PA saya masih ditukar sebabtu kena ws Encik Wan (FRSB). So sad :'( 

Ah tak kira! Tahun depan  nak daftar 21 jam kredit!

Amboi sangat.
Minggu ni pun dah semput. Balik je dari cuti midsem, terus kena study untuk kuiz psikopatologi yang disangka keluar dari chapter 1 hingga chapter 4, rupanya hanya ada chapter 3 sahaja tau :')))) Habis kuiz terus bergegas ke FBMK buat ujian lisan Bahasa Thai 2. Malamnya pulak ada perjumpaan LAX dekat Putra FM. Dan harini, ada test Bahasa Thai 2. Diawalkan sebab nanti budak kelas pergi trip ke Krabi. Panik jugak tahu sehari sebelumnya keluar perkataan-perkataan dari bab 1 - 10. Dannn soalan-soalan tadi wow wow wowwwww (nangis berkali-kali). Mula-mula jelah macam omg omg apani apani sambil buat muka serius tenang dan tangan laju conteng conteng Kahkahkah! Dah lama-lama tu pun macam oh perkataan nilah weh! hah yang niiii baru je baca tadi! Haaa begituuu. Lepas hantar exam paper tu lega sangat. So dah tak payah fikir pasal Bahasa Thai lagi. Tinggal assignment individu yang kena submit Selasa depan je. 

Tadi sembang dengan Panaa, betullah kot sampai grad aku takdak boyfriend! Kahkahkah

Tuesday, August 23, 2016

cerita cuti semester saya.







Assalamualaikum dan hello earthlings!
Lama sangat dah ni tak membebel dekat sini. Rindu sebenarnya tapi nak buat macam mana, malas menguasai diri. Sejak masuk semester 2, aku dah kurang update blog. Paling mengejutkan, aku jarang gila membaca. Paling pelik bila aku ke Midvalley ataupun NU Sentral, aku dah tak jejak kaki ke MPH lama-lama macam dulu. Selalunya, aku duk dalam MPH sampai perut rengek mintak makanan pun aku abaikan ok. Eh tak, tipu je. Padahal dalam beg dah sorok Green Tea pretzel Auntie Anne awal-awal, yums!


Cuti semester aku bila ditambah tolak sama rata, jumlahnya mungkin dua bulan lebih lebih. Berikutan subjek terakhir aku, iaitu Bahasa Thai I lambat sedikit berbanding subjek bahasa asing yang lain, maka aku pun balik lambat ke kampung halaman. Bulan puasa pulak tu. Awkward ok pi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)  sorang-sorang dan buka puasa pun sorang-sorang tsk tsk. Tiap kali habis semester, mesti aku kena berdikari tak berteman ke TBS. Nak buat macam mana, course lain-lain. Tapi kan, sama je sebenarnya masa bergelar pelajar arsitek 1st year dulu (walaupun sekejap, SMP masih anggap aku budak arsitek ok), saing-saing je balik lambat tiap kali habis semester. Seram jugak duduk kolej yang mana penghuni-penghuninya sudah ramai pulang ke rumah, sunyi weh. Nasib baik Kakgee belum balik Kedah lagi. Aku apalagi, whatsapp dia habaq nak turun tidur bilik. Tak faham kenapa nak jugak cerita pasal ni. Ok tutup cerita!



Cuti aku bermula dengan whatsapp dari Nadia dan Syera pasal latihan kelas memandu selama 4 hari dan pada hari kelimanya pula test JPJ. Ya, test JPJ. Berada di litar memandu dari jam 10 pagi hingga 4 petang merupakan perkara paling terakhir aku nak buat dalam hidup. Serius. Macam biasa, cuaca panas terik dan hujan tidak membasahi bumi Kelantan sekian lama, bikin aku migrain beberapa hari. Campur kena bebel sebab asyik terundur masa latihan naik bukit, dan bawak kereta sampai divider aku langgar ok. Dan waktu tu aku rasa nak cakap, kali terakhir guwa bawak kereta adalah pada bulan Ogos, 2015. Seperti yang sudah aku jangka, aku gagal ujian jalanraya. Tapi alhamdulillah, lulus ujian litar dan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Semasa Memandu (RSM). Mak aku pelik bila aku punya tahap tidur lena bila dah habis test JPJ, walaupun gagal. Lol. Sebenarnya, aku berniat nak ambil test ulangan JPJ kat tempat lain. Sebab previous punya tempat belajar memandu jauh jugaklah dari rumah aku. Lagipun Nadia dengan Syera pun dah takde nanti. Tak ke awkward nanti. Aku harap dapatlah buat test ulangan JPJ kat tempat lain (tapi borang dengan cikgu.....).



Sehari selepas test JPJ, aku ajak Danieal dan Nadia keluar. Meraikan Nadia lulus test JPJ dan juga meraikan kebebasan sementara aku dari test JPJ. Kitorang ke Seoul Garden, KB Mall. Makanya sesi borak sampai makanan habis dan kuah tomyam dalam jug tu kering.  


Nadia dan Pateah yang pelik :3


Dua minggu seterusnya, aku keluar dengan Santi, Achik dan Juwe ke KB Mall dan AEON Mall sebab nak cari barang-barang untuk persiapan Meet & Grill party. Haaaa engkauuu dari pagi sampai ke jam 7 malam mencari. Masa kat KB Mall, Santi mengutarakan cadangkan tempat makan yang sememangnya takdak kat KB Mall. Kitorang dah macam eh apa yang engkau cadangkan ni Santi sebab tak faham dan blurrrrrr gilaaa hahah! Rupanya dia ingatkan AEON Mall. Patutlah konfius semacam perempuan tu lol. Selesai beli bahan kering kat KB Mall, kereta meluncur keluar dari parking dan menuju ke AEON Mall yang mana hanya 10 minit jaraknya. Disebabkan radio kereta Achik rosak, makanya atmosfera dalam kereta dipenuhi gosip jemah-jemah hahaha diselit juga dengan borak ilmiah ok. Sampai AEON Mall, terus pi lunch kat Sushi King lepastuuu ke Daiso, singgah jenguk Achik dan Juwe kat Brands Outlet seterusnya ke Coffee Bean minum petang engkauuu hahaha. Melebih pulak cerita. 


Pateah dan Santiaqqqq, omg Santiaqqq so pwettyyy *emoticon queen*

Akhirnya, harinya sudah tiba. Meet & Grill party! Perapan ayam disediakan oleh mak aku. Pagi-pagi lagi aku dah siap sedia nak ke Pantai Irama dengan tupperware besar berisi ayam sebanyak 3 ekor. Muzakkir dan Shukran dah ada kat tempat yang mana berlangsungnya sesi BBQ masa aku sampai tu. Bila semua dah sampai, majlis bermula. Makanan yang dibawa sedap dan menyelerakan! Ada bihun goreng tiga jenis ok. Air tangan Shukran (mak dia actually), Santi dan Juwe. Syera bawak puding triffle dan sedap sangat *emoticon nangis* Danieal bawak kerepok rebus. Cuaca sangat bagus untuk menikmati keindahan pantai dan aroma ayam dibakar sungguh membuka selera!

Theeee cikinsssssssss yums!
the boysss 

ONE TWO THREEE SENYUMMM SEMUA :)



BIRO BERSAMA MINUS PATEAH SI PEMERAP AYAM 


Beberapa hari lepas, sepupu aku, KEqah ajak aku teman dia pi Bank Rakyat. Nak buka akaun katanya. Kebetulan aku free (aku sentiasa free sebenarnya) makanya aku iyakan. Selepas selesai urusan di Bank Rakyat, kitorang menuju ke AEON Mall (lagi dan lagi) sebab nak makan kat sana. Brunch mungkin. Kononnya nak ke Boat Noodle dulu sebagai pembuka selera gitchewww tapi bila dah makan kat sana, kirim salah jelah nak makan makanan lain hahaha. Lepastu ke Prettylicious Boutique yang mana lokasinya sebelah Tesco. Kemain aku fikir kat mana butik tu dulu, rupanya kat situ ja. Nanti dah boleh dah aku datang sini selalu yay!



                                
                                  Tema haruslah hitam acah baru balik mahkamah ye anak anak 
     















Pateah sedang menilik sekiranya Afgan itu husband dia atau bukan


Pilihan wajib setiap kali berkunjung ke Boat Noodle

Ya Tuhannnnn, akhirnya Pateahhhhhhhh berjaya update blog diaaaaa! Sekiannnn.






Sunday, June 12, 2016

Terpaling Aku Suka





Assalamualaikum dan salam Ramadhan :)

Saja nak bagitau nasyid kegemaran. 
Babai :)

Monday, April 18, 2016

Cengeng






Malam tadi aku meluncur ke dalam mesin cahaya masa. Mesin itu bawa aku berundur dua malam lepas. Dalam terowong masa, ada satu cahaya putih. Cahaya putih yang bawa aku kepada seorang gadis. Gadis yang sedang lena diulit mimpi. Raut wajahnya kepenatan. Terlihat sangat tak terurus bila pandangan aku jatuh pada sepasang matanya yang tertutup. Ada sepasang lingkaran hitam. Mungkin tidak cukup tidur atau rehat. 


Apa yang aku perasan, tidurnya pada malam itu tidak lena. Asyik berkalih saja pembaringan dia. Dahi berkerut. Macam dapat mimpi buruk saja. 


tskk tskkk tskk...


Dia menangis, ah sudah!


Kenapa cengeng sangat dia ni haih. 


Laju tangan aku menyeka air mata gadis itu. Aku yakin air mata ni sudah sekian lama ditahannya. Aku lihat rakan sebiliknya masih nyenyak tidur. Tiba-tiba, gadis cengeng tu terjaga dari tidurnya. Aku kaget! Risau dia nampak aku. Tapi nasib aku baik, dia tak perasan akan hadirnya aku di bucu katilnya. 


Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya yang berkalih tadi. Menuju ke arah meja belajar, dengan hati-hati dia tarik kerusi. Risau ganggu rakan sebiliknya. Dia capai buku yang kulit depannya berwarna kelabu berkilauan. Dicapainya pula earphone dan disumbatnya ke dalam telinga. Aku perasan dia pilih lagu Sedang Apa Dan Dimana nyanyian Sammy Simorangkir. Sedihnya dia ni! Perasaan jenis apa yang kau alami sekarang ni wahai gadis cengeng?


Laju tangan dia melarikan mata pena. Aku perhatikan tingkah lakunya dari sudut meja. Aku biarkan dia menulis. Aku biarkan dia melampiaskan segala rasa atas kertas kaku itu. Selang dua tiga baris, aku lihat dia mengetap bibir. Tahan air mata dari terbit di tubir mata. Hati aku bagai dihiris belati, sakit dan pedih sekali. 


Gadis cengeng itu terus tutup buku kelabu itu dan sambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.


Aku penasaran dengan buku kelabu itu. Terus aku belek di mukasurat tadi. Yang telah dia tanda dengan reben hitam yang panjang. 



Harini baru aku ada rasa nak menulis.
Harini juga aku baru mengerti bahawa cinta tak seharusnya memiliki....


Layak aku hanya pandang kau dari jauh. Aku nampak kau di atas pentas sana. Asyik dengan lakonan kau. Ya, kau pelakon pada malam tu. Kau dan pentas pada saat itu bagaikan bersatu. Segala rasa kau lepaskan saat di atas pentas sana. Aku manusia paling seronok lihat kamu dari kerusi penonton :)


Beberapa jam sebelum berlangsungnya pementasan, aku terima pesanan ringkas dari kau. Mengadu betapa kau risau dan nervous. Aku gelak kecil saat baca pesanan ringkas kau. Comel. 

Aku ucap good luck dan kau bilang, eh datanglah malam ni. Saya berlakon tau malam ni.


Ya, aku hadir dalam berpuluh manusia di kerusi penonton. Mungkin ratusan. Tak pasti. Aku manusia paling tak sabar untuk lihat pementasan teater kali ini. Sambil genggam dua bungkus m&m biru kegemaran aku. Mahu hadiahkan pada kau. Kata kau, ini hutang aku sebab bikin kau marah tempoh hari.

Pementasan bermula. Watak demi watak tonjolkan bakat masing-masing. Sepasang mata aku hanya melekap pada homo sapiens yang bawa watak Detektif pada malam itu. 

Setelah berakhirnya pementasan teater, pada mulanya aku mahu tunggu kamu di kerusi penonton. Melihatkan penonton yang lain beransur pulang, bikin aku ubah fikiran. Aku hanya pandang kau dari jauh. Risau kau tak suka akan kehadiran aku pada malam itu. Kau sedang sibuk dengan kru pementasan di pentas sana. Terus aku matikan niat nak bagi kau dua bungkus m&m ni.

Untung saja ada kawan aku jadi kru pada malam tu. Terus aku pesan pada dia pastikan m&m tu sampai ke tangan kau. Harap kau terima m&m dari aku.



Perlahan-lahan aku tutup buku kelabu milik gadis cengeng itu. Aku rapati sekujur tubuh yang baru saja meluncur ke alam mimpi. Dari nafasnya aku perhatikan bahawa ada nafas lega yang dia lepaskan. Lega sebab dah luahkan apa yang terbuku dalam hati kot. Cahaya malam menyuluh ke arah wajah gadis cengeng dan aku kaget! Gadis cengeng itu terjaga dari tidurnya lagi. 

Kali ini dia nampak aku. Terus dia dekati aku dan raih tangan aku.
Dengan suara separa berbisik dia bilang, aku tetap kau dan kau tetap aku.





Saturday, March 12, 2016

Masih Berbicara Sendiri





Assalamualaikum dan hello earthlings!
 
Dah nak masuk minggu keempat dah ada dekat UPM Serdang ni. Macam biasa, tiap dua minggu pertama semester aku susah nak sesuaikan diri dengan jadual kuliah. Ke aku sorang je macam tu? Hahaha tak kisahlah apa-apa pun. Sentiasa ada perasaan yang mana rasa nak rombak balik jadual kuliah kalau tak berapa suka dengan waktu yang ditetapkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP). Kadang suka hati je main drop-register-drop-register. Dua minggu pertama jelah boleh buat macam tu. Kalau dah masuk ke tempoh tidak dibenarkan buat pendaftaran tu, mendapat weh! Kena bayar RM50 tiap subjek yang kita nak register/drop. 

Sebab tulah, kena fikir masak-masak dulu tiap kali semester baru nak mula. Takdelah sampai asyik drop subjek, jam kredit kononnya dah 21 tiba-tiba tinggal 13. K bilalah aku nak grad kalau tiap semester ambil 13 jam kredit je? Haih. 

Lama sangat lepak UPM ni kalau lambat macam ni. Yelah, setahun bergelar pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer). Lepastu, habis je asasi terus masuk degree.Cuba teka course apa? Ya, architecture! Dan akhirnya, sekarang aku sudah di Fakulti Ekologi Manusia (FEM) yang mana letaknya di main campus sana haaa. 

Ada jugak yang tanya,tak rindu studio ke? Tak rindu nak sketch pastu buat model sampai ke subuh besoknya? Tak rindu ke tak rinduuuuu keeeee?




RINDU SANGAT-SANGAT :') TERLALU RINDUUU TERLALU RINDU JUJUR AKU TERLALU RINDUUU 

Dramanya perempuan ni. Tapi selalu jugak lepak sana walaupun seketika. Eh tak jugak, sem lepas siap tidur sana lagi teman Nani dengan Kakyong buat kerja mihmihmih. So, aku masih ringan kaki menapak kaki ke Fakulti Rekabentuk & Seni Bina (FRSB) . Lagipun aku masih punya kawan-kawan dekat FRSB tu ha. Yelah, sekarang dekat FEM tiap kali nak pi makan ke apa mesti macam krik krik kecuali bila ada Farhanah Natasha. Kalau dak, krik krik k. 

Aku ni pulak bukan jenis suka senyum suka-suka hati. Sem lepas, Pajil kata first time aku masuk kelas BBI2423 dia rasa nak carut je aku. Kenapa? Sebab nampak sombong nak mampus tak senyum tak cakap banyak, angguk geleng je kerja aku. Hahahaha! Hish engkau apa tahu Pajil. Dalam kepala aku duk fikir hish dorang tak suka aku masuk group assignment dorang ke cemana ni. Risau jugak weh. Bila dah duk fikir macam tu dalam kepala, engkau rasa di luar nak ukir senyuman? Kirim salam jelah weh.

Kepada yang kenal aku, seriuslah masa mula-mula jumpa aku, ekspresi muka aku macam minta kena carut ke?

Bincangkan. (10 markah)


Sekian :*

Sunday, February 28, 2016

Insecure Berpisah Tiada pftttt






Semua orang pernah jatuh suka. Walaupun dari luaran kau nampak macam tak peduli pasal semua orang, tapi tetap ada terlintas suka mana-mana orang. I mean, tiap kali kau terpandang dia mesti kau rasa senang hati gitu. Pendek cerita, crush. 

Ada yang suka dari jauh dan tak pernah borak apa semua. Dan, ada jugak yang suka dalam diam tapi selalu borak, siap lepak sama-sama lagi. Ni kira golongan paling memendam rasa tunggu hati nak meletup je. Bukan apa weh, sakit woi pendam perasaan lama-lama. Kau faham dak, bila kau sorang mamat/perempuan ni pastu korang hari-hari jumpa, lepak makan sama-sama tapi pada masa yang sama kau suka dia. Huih, rasa macam keluar dating tapi dia tak sedar pun perasaan korang dekat dia. Seronok tau bila suka dengan orang yang kita kenal. Sebab kau akan fikir, korang dah sama-sama kenal diri masing-masing. Tiap malam, selalu borak dekat Whatsapp. Kalau jumpa pun mesti ada je yang nak dibualkan. Orang cakap macam ada chemistry gituuu. 

Indah tu memang indah, tapi tak selamanya indah ok. Hidup tak seronok kalau tak ada babak jatuh tersungkur cium tanah.  



Paling mengujakan perasaan patah hati kau bila, orang yang selalu Whatsapp dengan kau tiap malam tu tiba-tiba menyepi. Macam hilang terus. Tapi atas dasar suka dan dah mula jatuh cinta, kau tunggu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu atau mungkin bulan berganti bulan. Kau masih tunggu dia. Tup tup! Nampak gambar dia dengan kekasih dia dekat Facebook. Siap dengan kapsyen paling romantis. 

Bila kau selidik, rupanya tu kekasih lama dia. Dan, macam-macam dalam kepala kau masa tu. Perasaan nak carut lagilah memuncak. Geram, sedih pun ada. Percayalah, kau akan murung selamanya kalau tak move on. Kadang-kadang, move on ni susah sebab selama ni kau terbiasa dengan dia. Maksud aku, selalunya kau akan makan dekat restoran makanan segera dan pesan burger keju dengan fries extra large bila dengan dia. Tapi dalam tempoh usaha nak move on, kau takkan sesekali masuk ke tempat tu. Nanti tak pasal-pasal kau tendang meja sebab tiba-tiba teringat. 
Sebenarnya, bukan ada orang baca pun blog aku. Tapi disebabkan atas sebab tertentu dan hormat permintaan seseorang, aku buanglah cerita tadi tu. 





Tuesday, February 23, 2016

Universiti Putra Malaysia, Gedung Ilmu Menara Budi ~






Assalamualaikum and hello earthlings!

Harini hari kedua kuliah. Dan, pagi tadi Statistik Sains Gunaan. Dengan semangat yang tinggi, aku bersiap awal. Kelas jam 10 pagi, konon nak naik bas jam 9 pagi. Bolehlah datang awal dan pilih tempat yang selesa dalam Dewan Kuliah (DK) tu kan. Yelah, keselesaan dan kedudukan yang sesuai akan meningkatkan lagi kadar fokus seseorang itu untuk menerima segala macam jenis input baharu. Ok rasa nak lempang diri sendiri. Sangat rasmi bahasa yang saya guna. K


Tepat jam 8.50 pagi aku dah setia berdiri dekat bus stop yang memisahkan kolej 10 dan kolej 11. Salah satu azam untuk semester baru, datang kelas sebelum lecturer masuk. Tapi, bas masih belum kelihatan. Haih. Dalam jadual, bas gerak dari kolej jam 9 tapi hm jam 10 baru ada bas. Azam tak menjadi gaissss :( Takpa, banyak lagi kelas lain. Boleh cuba lagi yay! :)


Aku rasa, hari ni aku macam takdak buat apa je. Cuma pergi kelas Statistik. Lepastu, lunch sambil lepak dengan Farhanah. Sambung lepak kat makmal komputer fakulti sebab nak register subjek. Wifi laju woi! Peh memang dekat situlah jadi port rahsia kalau nak ponteng kelas hiks. Selesai semua tu, terus balik bilik. Nampak dak macam tak berapa nak buat apa-apa. Mungkin, baru first week kot. 


Lagipun, aku banyak drop subjek hahaha. Sebab nak elakkan dari satu kelas dengan mana-mana yang aku punya pengalaman sekelas ha. Entahlah weh. Aku seronok je dengan course aku tapi kalau macam nak borak gitu-gitu boleh ah. Kalau nak lepak tu macam tak je, sebab dorang kolej dekat dekat. Aku? Hm sebelah Petronas k kolej aku. Jauhlah nak dibandingkan dengan kolej dorang. Mungkin tu kot sebab utama kenapa aku tak berapa kenal dengan batchmates, juga merangkap coursemates baru aku. Hm. 


p/s : aku dah letak lagu untuk blog ni. haha takdaklah rasa kosong sangatkan kalau ada lagu yang teman korang. ok bye. muahciked :*

Monday, February 22, 2016

Isteri VS Tunang






"Semua yang ada ada pada dirimu,
membuat aku ku, aku jatuh cinta"

                                                    Pencuri Hati -- Ayda Jebat


Isteri VS Tunang! Drama yang menggantikan drama Sha & Shah, yang mana pelakonnya Kamal Adli dan Syatilla Melvin. Promo drama Isteri VS Tunang ni bagi aku sangat menarik. Yelah, tiba-tiba sangat muncul Dato' Seri Vida kat hujung hujung promo dia. Menarik kot video promo dia. Terus rasa tertarik nak bersila depan TV setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam! Ini serius weh.


Teruja gila sebab pelakon utama Isteri VS Tunang muka macam model pastu jalan cerita macam best! Antara tunjang utama drama ni Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar, Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea dan Sharifah Sakinah bawa watak Amira Irdina. Faham dak perasaan aku bila bukak channel 104, Astro Ria tiap jam 10 pastu opening drama ni macam mengujakan kot. Lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat dipinjamkan untuk drama ni. Ya, OST Isteri VS Tunang ni rupanya lagu Ayda Jebat. Lagu ni best sebab bukan lirik yang macam nak mintak kena lempang. So, good job!


Nak dijadikan cerita, 5 hari lepas aku dah terfikir nak beli novel Isteri VS Tunang sebab aku balik Serdang. Mesti tertinggal banyak episod drama ni. Sebab perasaan ingin tahu makin membuak-buak apalah Amira Irdina nak buat, apa yang akan jadi bila Zaim Azfar tahu Alana Sofea pregnant semua tulah. So, aku ke NU Sentral. Dah target nak pi MPH lepastu pulang dengan hati yang senang. Kononnya.


Sebelum ke MPH tu aku dengan Ena melencong ke banyak tempat jugaklah. Ok lets make it short lah senang. Sampai je dekat MPH, agak blurr jugaklah. Sebab susunan rak dia lain dari MPH lain. Sebab rak novel melayu rupanya semua dekat area lantai papan. Maka gigihlah kitorang duk cari novel Isteri VS Tunang ni. Tapi tak jumpa! Ok takpa, pi check dekat komputer dia dulu. Aik! Katanya ada 3 buah lagi. Haih. Takpa, cari lagi. Jangan putus asa!

Lama jugaklah kitorang cari tu sampai dah give up dan aku cakap dekat Ena, takde dah kot. Ena cadangkan tanya akak yang tengah susun calculator. Aku macam takyahlah kot. Mesti dah habis apa semualah. Ena panggil aku tunjuk senarai novel bestseller bulan Februari yang tertampal kat dinding tu. Isteri VS Tunang....no 1! Patutlah cari tak jumpa, dah habislah tu. Ena terus tanya akak tu kat mana keberadaan novel yang kitorang cari tu. Then, akak tu cadangkan cuba cari dekat area hujung tempat yang kitorang cari mula-mula tu. Dan belum sempat kitorang berlalu pergi, akak tu cakap cuba tengok tengok dulu area rak bestseller belah kanan dia. Ada dua pilihan. Kitorang pilih yang kedua dulu. Ena tunjuk area novel melayu bestseller dan............. 





YAAAAA! ADAAA! HAHAHAHAHA SERONOK WOI! NI NASKHAH YANG TERAKHIR DEKAT RAK TUUU!


Terus grab dan bayar!


Ok sekian. hahahahahhahah toodles ~







Tuesday, January 5, 2016

Hanya Rasa.




Tiap rintik hujan yang timpa aku,
Sama saja seperti kamu timpa hati aku dengan seguni rasa cinta tempoh hari.

Aku rasa kamu sukakan aku,
Tapi mungkin kerana ---- hanya rasa
Aku pasti, engkau bukan aku punya.

Makin penasaran aku mencari petunjuk,
Makin aku jejak, makin samar.

Ah sudah! 
Aku jatuh cinta sama laki-laki, yang tidak punya rasa yang sama.






p/s : terjumpa dalam draft, dan baru dan publish. Lol.