Thursday, July 30, 2015

Malam Yang Panjang








Assalamualaikum and hello earthlings :)

Ok aku sendiri yang dah mula rindu nak buat sesi curahan hati kat sini tau! Harini dah nak habis bulan Julai dan bakal masuk bulan Ogos. Yayy bulan kemerdekaan! Tapi baki cuti semester aku pun dah tinggal satu bulan dah ni. Ala kejapnya cuti ni nak sampai ke penghujung. Ya Tuhan, sejak bila perempuan ni acah acah taip skema gila macam ni? Macam biasa melalut tu sebahagian dari mukadimah ayat. Eceh.


Banyak benda aku fikir sekarang. Terlalu banyak. Kalau depan depan, memang muka tenang je. Ya tahu aku tak lawa. Tak lawa tak bermakna takdak aura tenang tau dak. Kahkahkah. Ok kenapa aku merepek jauh sangat ni.


Sekarang aku asyik duk ulang dengar lagu Refrain. Afgan nyanyi lagu ni dalam filem Refrain. Dia lagukan guna piano. Maudy Ayunda pun berlakon jugak dalam filem ni. Cantik kot perempuan tu ha. Aku tak pasti kenapa aku kena ulang dengar banyak kali ni. 


Aku sebenarnya cuba nak garap idea dari pelbagai sudut. Tapi aku tahu, aku gagal. Bukan gagal sangat weh. Benda dah dapat, aku dah genggam dalam tangan. Cuma aku rasa macam benda tu perlahan-lahan jadi debu. Debu yang keluar dari celahan genggaman aku. Dah banyak malam aku tidur dalam risau. Tiap pagi aku buka mata, aku akan duduk bersila pandang dinding bilik. Aku banyak berfikir sekarang. Tiap pagi jugak aku akan fikir macam mana kalau akan ada satu pagi aku bangun dari tidur, benda yang dalam genggaman aku ni dah hilang. Bila tangan yang aku genggam selama ini, aku buka dan POOF! 

Kosong.


Aku risau. Mungkin sebab aku genggam terlalu banyak benda sekarang. Aku rasa aku kena lepaskan apa yang perlu dan pujuk diri sendiri dengan ayat paling klise.


Takpe takpe, kalau ada rezeki akan dapat jugak ye. Selesaikan mana yang utama.


Paling klise, tapi berkesan.  




Friday, July 10, 2015

Lepaskan.






Assalamualaikum and hello earthlings :)

Rasa macam dah lama sangat tak membebel merapu kat sini kan? Tu yang berusaha gila bagitau aku dekat Whatsapp macam kosong je blog tu. Ecewah, ada orang rindu tulisan saya ke apa ni? Haih, terharunya. Hahaha ok, dah dah. Makin lama tinggal blog ni, tuan empunya badan makin kuat merapu.


Malam ni aku saja je nak hidupkan blog ni. Ha engkau, hidupkan. Nak jugak guna perkataan yang acah-acah bombastik macam karangan zaman SPM dulu ha. Ala comel pulak rasa bila taip "zaman SPM" ni ha. Dah 20 tahun weh. 3 tahun sudah berlalu jemah. Tiap pagi sarung baju putih, tudung putih, kain biru muda tu semua dah jadi memori dah. Pastu zaman cari katak belakang rumah sebab esok paginya ada eksperimen Biologi yang syaratnya semua orang bawak dua ekor katak, tapi akhir sekali aku mintak orang lain bawakan. Tu pun dah jadi memori. Sebelum waktu kelas pagi mula, satu kelas khusyuk tengah buat homework yang patutnya disiapkan malam sebelumnya pun diklasifikasikan dalam golongan memori. 


Ya, memori. Kenangan. Benda yang lepas.


Dalam blog ni jugak, pun ada memori. Memori tentang semua orang. Entah, banyak sangat. Aku suka bercerita. Kalau kenal aku in person pun, memang yang jenis banyak cakap. Jenis yang suka cakap laju kalah M16. Jenis yang akan berusaha habiskan ceritanya padahal orang yang mendengarnya dah buat muka nak siap sedia baling enam bakul tembikai ha. Aku jenis tak kesah sangat pun kalau orang taknak dengar aku bercerita, yang penting cerita aku habis. Dan, jenis yang tak akan keluarkan statement "Kan aku dah cerita dah pasal ni 4 abad lepas, lupa eh". Ha nampak tak sebenarnya aku patut bukak tadika je. Ok gurau.


Ok sambung balik.


Sampai mana dah tadi? Ha memori. Ok dalam blog ni aku rasa aku cerita pasal semua benda kot. Ada macam-macam benda aku untaikan dalam bentuk perkataan. Satu satu, aku susun. Ada orang suka letak gambar. Katanya, gambar menceritakan seribu satu kisah. Ecewah. Aku pun suka letak gambar, tapi jaranglah. Aku lagi suka cerita, guna perkataan. Tu yang kat atas tu aku bantai letak gambar bunga. Tu pun aku google je. 


Rasanya semua orang perasan kot blog aku ni macam makin berkurang post. Eh memang berkurang pun. Banyak yang aku delete. Takkan aku nak simpan sampai ke tua kan? Memang tu memori. Kadang ada memori yang patut kau simpan, ada jugak yang tak perlu simpan dah. Lagi lagi untuk ditayangkan pada umum. Ecewah. Rata-rata yang baca blog aku, kawan-kawan aku jugak. Kawan-kawan yang sentiasa update pasal hidup aku. Kawan-kawan yang aku akan cari bila aku rasa aku perlu cerita apa-apa. Eh rasanya aku cari diorang setiap masa je. Kahkahkah.


Macam yang aku bagitahu kat atas tu, ada memori yang tak perlu kau simpan dah. Bukan sebab kau membenci ke apa. Cuma, yelah biarkan ia menjadi memori. Ya, benda yang lepas. Memang aku akui, sayang nak delete post atau memori tu keluar dari blog kesayangan ni. Kesayanganlah weh, dari 2009 aku merapu dekat sini. Ok yang aku nak highlight kan dekat sini, ada post tentang dia. Ya, dia. Manusia yang pernah aku rasa bikin dunia aku bercahaya tanpa perlu guna lampu lip lap lip lap tu ha. Ah malas nak hiperbola lebih-lebih. Senang cakap, aku pernah taip pasal kisah cinta aku. Ala dia dah ada girlfriend lah sekarang. Ha adalah lebih baik untuk aku buang kisah cinta tak jadi aku tu hah. 


Kenapa?


Engkau ni kan, mestilah kena delete weh. Kan aku dah cakap, antara yang selalu jenguk blog ni kawan-kawan aku. Kalau aku biarkan post tu menempel dekat blog ni, dilabelnya aku tak reti-reti nak move on kang. Lepas tu keluar pulak gosip liar yang aku ni manusia yang masih fikir ada harapan dengan lelaki yang sudah terang tang tang ada orang baru dalam hidup dia. Memang tak bagitahu aku depan-depan. Kawan-kawan akan tengok aku macam tu. Macam ada papan tanda atas kepala aku, siap dengan lampu. Meriah engkau jemah! 


Belajar untuk melepaskan ya, sayang. Hah serius ok topik kali ini. Lepaskan apa yang dirasakan baik bagi kau, padahal akan ada yang jauh lagi baik sebab kau bakal dapat yang terbaik. Yang tak akan pernah kau sendiri sangka. Aku pernah pegang kata-kata ni, tetapi ada satu tahap aku dah lupa pegangan hidup aku. Cis, tak tetap pendirian. Kali ni aku dah kutip balik dah pegangan yang pernah terabur dulu hah. Tu yang sekarang boleh acah-acah jadi penasihat cinta kepada kawan-kawan dan girlfriends kesayangan semua. Memanglah nampak muka aku sendu je, tapi aku pendengar yang baik tau. Hehehe. Payung diri sendiri pun boleh ha.


Dari pemerhatian aku, aku rasa ramai je yang bila jatuh cinta pandang pertama dekat seseorang mesti rasa macam happy sangat dan rasa macam rupanya I ni tulang rusuk kiri dia yang hilang. Kahkahkah. Jangan nak cakap omg minah mana yang gila cakap camtu ye. Masa ni jugaklah kau rasa dia yang kau tunggu selama ini, dia yang bakal melengkapkan hidup kau nanti dan dia yang akan ambil kau kat tempat kerja pastu berhujan sebab lupa bawak payung. Macam melebih pulak. Tapi, betulkan?


Dalam pada kau tengah bahagia dan seronok dengan omg dialah jodohku tu, akan ada satu tempoh dan tahap kau rasa macam hilang semua perasaan yang indah belaka tu. Orang cakap, dulu dunia kau bercahaya terang bila pertama kali dia cakap dia cintakan kau. Sekarang, dah malap malap suram. Cahaya yang segan hidup segan mati je. Lepas tu, memang si dia asyik lafazkan cinta tapi kadang setiap kata-kata yang dilafazkan hanya kata-kata semata. Dulu, ada perasaan seronok gila bila dengar "i love you" dari dia. Sekarang, kau atau si dia hanya mampu gelak, janggal sekali. Ugh. Tak sukanya. Kalau kau selalu makan hati sebab si dia asyik perlekehkan atau malukan kau dengan kata-kata dia, ha kemas barang, tarik beg keluar dari hidup dia. 


Sudah-sudahlah nak acah tunjuk dekat si dia apa maknanya cinta. Sudah berkali-kali sakit, masih nak pertahankan mahligai cinta yang pastinya bila-bila masa runtuh. Kawan-kawan kau sendiri dah tak tahu nak geleng kepala macam mana dah. Orang boleh perasan kot. Watlek watpis, macam aku. Kahkahkah! Sekali lagi payung diri sendiri.


Bila kau dah dapatkan kebahagian sebenar yang selama ini kau cari tu ha, barulah kau berusaha call girlfriends kesayangan kau semata-mata nak buat konklusi perhubungan lepas dengan sekarang. Then, kau akan OMG KENAPA TAK PERASAN YANG DIA TAKNAK I YE DULU AH BODOHNYA BODOHNYA TAK MOVE ON AWAL AWAL LOL. Kawan-kawan kau pulak akan gelak-gelak dan cakap HA TULAH DAH LAMA DAH NAK BAGITAU TAPI YOU JE YANG PANDAI NI NAK PERBODOHKAN DIRI SENDIRI MUAHAHAHA. Ok aku yakin ada ayat berlapiknya ha.


Ada je manusia yang hulurkan tangan, tapi engkau tu ha sibuk duk perhatikan hati kau kena lenyek dengan lori sampah. Berkali-kali.Lepaskan. Yakinlah hidup kau akan bertambah baik. Ecewah. 


Goodnight :)