Assalamualaikum and hello earthlings :)
Ok aku sendiri yang dah mula rindu nak buat sesi curahan hati kat sini tau! Harini dah nak habis bulan Julai dan bakal masuk bulan Ogos. Yayy bulan kemerdekaan! Tapi baki cuti semester aku pun dah tinggal satu bulan dah ni. Ala kejapnya cuti ni nak sampai ke penghujung. Ya Tuhan, sejak bila perempuan ni acah acah taip skema gila macam ni? Macam biasa melalut tu sebahagian dari mukadimah ayat. Eceh.
Banyak benda aku fikir sekarang. Terlalu banyak. Kalau depan depan, memang muka tenang je. Ya tahu aku tak lawa. Tak lawa tak bermakna takdak aura tenang tau dak. Kahkahkah. Ok kenapa aku merepek jauh sangat ni.
Sekarang aku asyik duk ulang dengar lagu Refrain. Afgan nyanyi lagu ni dalam filem Refrain. Dia lagukan guna piano. Maudy Ayunda pun berlakon jugak dalam filem ni. Cantik kot perempuan tu ha. Aku tak pasti kenapa aku kena ulang dengar banyak kali ni.
Aku sebenarnya cuba nak garap idea dari pelbagai sudut. Tapi aku tahu, aku gagal. Bukan gagal sangat weh. Benda dah dapat, aku dah genggam dalam tangan. Cuma aku rasa macam benda tu perlahan-lahan jadi debu. Debu yang keluar dari celahan genggaman aku. Dah banyak malam aku tidur dalam risau. Tiap pagi aku buka mata, aku akan duduk bersila pandang dinding bilik. Aku banyak berfikir sekarang. Tiap pagi jugak aku akan fikir macam mana kalau akan ada satu pagi aku bangun dari tidur, benda yang dalam genggaman aku ni dah hilang. Bila tangan yang aku genggam selama ini, aku buka dan POOF!
Kosong.
Aku risau. Mungkin sebab aku genggam terlalu banyak benda sekarang. Aku rasa aku kena lepaskan apa yang perlu dan pujuk diri sendiri dengan ayat paling klise.
Takpe takpe, kalau ada rezeki akan dapat jugak ye. Selesaikan mana yang utama.
Paling klise, tapi berkesan.