Monday, May 10, 2021

Kisah Seram Ringkas

 


Assalamualaikum and hello earthlings! 💙


Disebabkan aku cuba nak jugak publish sekeping dua post tiap bulan, makanya sekarang aku senang menaip entri ini. Aku nak kongsi cerita seram sebenarnya. Beberapa hari lepas Fatin kongsikan pautan Podcast Do You See What I See, dan sekarang aku asyik bukak Podcast tu. Ya, aku suka gilehhhhh cerita seram cerita hantu dan mana-mana cerita yang boleh memaksa jantung aku berdegup laju pabila terpandang suatu sudut. Konon ada yang memerhati gitu. Walaupun aku gemarkan cerita begini, tidak semestinya aku ingin bertemu 'mereka' ya. 

Tuesday, April 20, 2021

kembali tiada yang memaksa

 




Assalamualaikum and hello earthlings! 💜

Omg weh lama gilehhhh tak lepak sini. Lama tak kongsi cerita dan lama jugak tak merepek dekat sini. Rindunya weh! Nervous nak mulakan balik sebab rasa macam aku dah tak pandai bercerita. Walaupun sekarang dah lepak dekat Twitter dan Instagram, jarang kot nak kongsi apa-apa dekat sana. Akaunnya ada, aktif. Tapi tak berapa nak rajin nak buat IG story mahupun twt pasal apa-apa. Sebab aku yakin, kisah aku tak menarik manapun hahaha. 

Monday, April 19, 2021

Perasaan Paling Gila.

Julai 2014




Aku pernah rasa satu perasaan ini.
Ya, perasaan  paling  gila.


Gila macam mana?
Susah nak ungkap dengan kata-kata. 
Mungkin mudah untuk aku taip di alam maya ni.
Mungkin.

Melodi Tersendiri

Januari, 2014





Gelap malam makin memekat saat aku topang dagu menghayati bunyi cengkerik di jendela. Sesekali aku dongak atas perhatikan taburan bintang di langit. Mug besar berisi coklat panas aku bawa ke mulut, haba panas yang menyerap mug itu bantutkan niat aku. 


Laptop yang sedari tadi aku hidupkan, aku bawa ke riba. Terus aku mainkan lagu-lagu kegemaran aku. Mahu hidupkan suasana, kononnya. Dan senarai main (playlist) dimainkan....

Ceritera Dia Dan Engkau

Mac, 2014



Hanya kerana Si Pria pernah menumpahkan semangkuk bubur kacang hitam yang pekat warna ungu gelap dengan secara tidak sengaja mengotorkan gaun merah jambu kesayangan Si Gadis suatu ketika dahulu, mereka dapat berkenalan. Padahal masing-masing tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama. Kelakar.


Peristiwa bubur kacang hitam itu juga membawa kepada perang anjing dengan kucing. Juga terlakar sejarah perang mulut tanpa henti yang dilancarkan secara tidak rasmi selepas kejadian bubur kacang hitam itu. Pantang sekali berjumpa. Ada sahaja cacat cela dibahaskan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kelakar.

Jom Mula Sekali Lagi?


September, 2018



Assalamualaikum dan hello earthlingssss!

Wehhhh serius rindu gila nak taip intro macam kat atas tu. Lama tak lepak sembang sini sorang-sorang macam selalu. Lepastu akulah tu yang usaha sangat whatsapp semua orang suruh baca post dekat blog ni ha. Tapi aku macam yakinlah dah tak ramai sangat orang bukak blog. Semua benda boleh dapat kat Instagram, pakej video dengan gambar sekali ok. Kalau nak tulis cerpen ke puisi atau novel ke apa, semua orang cari Wattpad. Install je dekat phone masing-masing. Aku pernah jugak buka akaun Wattpad dan taiplah segala idea kat situ. Tapi entahlah, aku lagi suka kat sini. Sambil sambil bebel kat sini. Gosip sesikit. Caruts je kurang haha!