Monday, May 10, 2021

Kisah Seram Ringkas

 


Assalamualaikum and hello earthlings! 💙


Disebabkan aku cuba nak jugak publish sekeping dua post tiap bulan, makanya sekarang aku senang menaip entri ini. Aku nak kongsi cerita seram sebenarnya. Beberapa hari lepas Fatin kongsikan pautan Podcast Do You See What I See, dan sekarang aku asyik bukak Podcast tu. Ya, aku suka gilehhhhh cerita seram cerita hantu dan mana-mana cerita yang boleh memaksa jantung aku berdegup laju pabila terpandang suatu sudut. Konon ada yang memerhati gitu. Walaupun aku gemarkan cerita begini, tidak semestinya aku ingin bertemu 'mereka' ya. 

Masa kecik dulu, Pontianak Harum Sundal Malam merupakan filem hantu paling aku rasa cam pehhh paduuuu ahhhh. Sampaikan tiap kali nak gi tandas tak berani pandang cermin, mampu tunduk ye. Kalau lalu depan mak mertua tunduk sopan lagutuuu, tak rugi ye membiarkan anaknya memilih guwe. Tibbehhh!

Kan dalam filem tu Mariam bersenandung lagu Pulangkan. Ketaq lutut oi! Dengan pandangan tajam, belum masuk bahagian dia pandang skrin lama-lama dengan gelak yang bergema itu. Masatu, itulah yang terpaling seram ye. 

Lepastu ada drama bersiri Tower 13. Best jugak, paling seram episod yang ada hantu cuba keluar dari tilam hotel. Terus takut sangat-sangat tiap kali nak kena tidur hotel ke apa. Terasa macam ada sesuatu yang bergerak di sebalik tilam. Oh, tidak lupa juga Bilik No.13, yang menjadi sebab utama aku tertanya-tanya mengenai profesion Psikiatri. Tapi tak berminat nak menjadikan ia sebagai cita-cita pun. Masa tulah, sekarang dah menyesal tak belajar elok-elok. Tibbehhh!

Bilik No.13 ni, episod paling aku ingat Karipap. Sepasang suami isteri tua baik sangat tumpangkan rumah kepada sesiapa yang tersesat dalam hutan. Siap hidang karipap sepinggan dua. Pastu rupanya karipap daging manusia. Yang paling kelakar, Gamat ke apa entah. Dia sebenarnya macam terkena infeksi zombi kalau kena gigit dek binatang lembik itu. Yang terpaling aku rasa cam seriuslah weh, episod Topeng. Lelaki ni wajib tiduri 10 perawan sebelum tempoh yang iblis tu bagi. Kalau tak, topeng tu akan terus melekat di wajah dan menyatu dengan kulit. 

Banyak pulak duk melencong cerita lain.

Ok sambung. 

Aku dah pernah cerita ke beberapa kawan aku. Tapi nak jugak kongsi dekat sini, walaupun tahu dorang jugak yang akan lepak sini. 


Kisah 1 : Siapa?


Kisah ni berlaku masa aku 15 tahun, dan aku tinggal di asrama. Aku dan dua rakan semeja tempatnya di barisan belakang sekali. Yang mana kedudukannya di tengah-tengah, kiri kanan memang tiada meja. Kira kitorang macam tibbehhh sangat tu. Kitorang tak suka buka lampu belakang, malap-malap berkongsi lampu ruangan tengah adalah paling best. Malam tu ada kelas malam, aku pinjam MP3 kawan aku. Duk tengah seronok layan lagu Down - Jay Sean, sambil menulis nota Sejarah dan sampai bahagian ; 


Baby don't worry, you are my only
You won't be..........BUKKKK! even if the sky is falling down


Terus aku angkat muka aku dan toleh ke belakang. Aku rasa macam ada orang baling pemadam ke kepala aku... Dan saat pemadam tu terkena kepala aku, lagu tu terhenti beberapa detik. Dia cam sangat pantas ye kejadian tu. Tapi beri kesan psikologi yang mendalam kepada aku yang sebenarnya penakut. 

Kan aku cakap pemadam tu, aku tercari-cari juga di mana keberadaan pemadam tu. Masalahnya takde. 

Aku pandang dua orang kawan aku, semua duk khusyuk menulis. Memang takde harapan nak dijadikan suspek. Aku duk diam jelah. Terus pulangkan MP3 ke tuan empunya badan. Dah seram sejuk masatu. Tapi aku yang buat muka tenang tu. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Terus balik ke dorm dan bagitau kawan aku nak tidur sesama dekat ruangan tepi katil dia. Tak kuasa ye nak tidur dekat katil sendiri. Kan katil double decker tu, aku punya belah atas. Dan sikit lagi nak sama tinggi dengan loker. 

Dibuatnya tak boleh tidur malamtu lepastu tetiba terpandang loker yang mana masatu 'mereka' secara rawak nak lepak atas tu cemana? 

Haru beb!

Esok harinya barulah aku rancang nak cerita ke dua rakan semeja tentang kejadian yang aku alami. Belum sempat aku cerita, dorang yang buka cerita dulu. Wah! Menariknya, rupa-rupanya kena kacau berjemaah gais! Kisah dorang ringkas tapi pehhhh seram sejuk walau masatu jam 2 petang ye.


Cerita W :

Masa tu keadaan kelas macam biasa, riuh tapi terkawal. Aku pandang kiri, nampak Teah tengah terangguk sana sini dengan earphone di telinga. Juga, S tengah tekun menyalin nota Sejarah berikutan PMR akan berlangsung dalam 3 minggu lagi. Aku macam biasa, bila bosan menyalin nota akan termenung untuk rehatkan minda. Agak tertekan memikirkan PMR tetapi masih ada beberapa subjek belum aku ulangkaji. 

Sibuk mata aku memerhatikan rakan sekelas yang lain, aku terpandang lampu di luar kelas yang tidak henti-henti berkelip. Berkelip yang secara tidak konsisten. 

Cubaan bagi Kod Morse ke ni? 

Lama aku pandang, tiba-tiba semacam ada bayang besar yang pergi dari lampu itu.

Whushhh!

Aku kaget. Aku pandang kiri kanan, manalah tahu bukan aku je saksi kejadian menyebabkan peluh dingin di dahi. 

Ya, aku seorang je yang nampak.

Cerita esok jelah. 


Cerita S :

Meja aku letaknya di tengah, kiri aku Teah dan kanan W. Aku kena siapkan nota Sejarah ni cepat-cepat, aku nak buat benda lain lepasni. Sedang sibuk aku dengan bermacam hal dalam fikiran, ekor mata aku menangkap sesuatu. 

Ah sudah!
Apalagi ni?

Kedudukan kelas aku berada di tingkat dua bangunan. Di sebelah kanan aku, laluan koridor menuju ke tangga utama. Kiri aku, hanyalah ruangan sisi bangunan yang tiada siapa pun boleh ke sana kecuali lompat melalui tingkap. Aku terpandang sosok badan berbulu, aku tidak pasti bagaimana rupanya. Yang pasti ianya salah satu daripada 'mereka'.

Terus aku buat-buat tak nampak. 

Cerita esok jelah. 
Kurang benar untuk aku buka cerita malam-malam ni.


******************

Kami saling berpandangan. Kaki wajib di atas kerusi. Kata orang, kalau nak bercerita tentang hal 'mereka', kita kena pastikan kaki tak pijak lantai. Nanti 'mereka' ada dekat dengan kita, jarak 10 langkah sahaja. 

Sejak haritu, kalau prep malam atau kelas tambahan, memang selalu bukak lampu ruangan belakang.


Sekian sajalah dulu. 
Aku ada 2 cerita lagi. 
Sampai berjumpa lagi.