Monday, April 19, 2021

Ceritera Dia Dan Engkau

Mac, 2014



Hanya kerana Si Pria pernah menumpahkan semangkuk bubur kacang hitam yang pekat warna ungu gelap dengan secara tidak sengaja mengotorkan gaun merah jambu kesayangan Si Gadis suatu ketika dahulu, mereka dapat berkenalan. Padahal masing-masing tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama. Kelakar.


Peristiwa bubur kacang hitam itu juga membawa kepada perang anjing dengan kucing. Juga terlakar sejarah perang mulut tanpa henti yang dilancarkan secara tidak rasmi selepas kejadian bubur kacang hitam itu. Pantang sekali berjumpa. Ada sahaja cacat cela dibahaskan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kelakar.


Ah, itu cerita zaman hingus meleleh lap belakang tangan.
Itu juga cerita zaman yang mana kau tak kalut nak cari cermin tilik sana sini.
Zaman sekolah rendah, heh.


Bila masuk zaman remaja, masing-masing dapat fikir. Mana yang kelihatan tidak matang di mata, terus diubahnya. Biar kena dengan peredaran masa dan zaman. Usia juga makin bertambah. Takkan nak hentak kaki mengamuk bila mak tak bagi izin beli patung Barbie di supermarket lagi dah. Takkan nak berusaha menangis sampai hilang suara semata-mata supaya ayah kasihan sebab tak dapat miliki model Transformer yang baru lagi dah. Hello, buang jauh-jauh perangai budak-budak tu. Sudah tiba masa kalian berlagak matang. Kelakar sungguh.


Percayalah, zaman usia makin bertambah inilah ramai yang mula berjinak-jinak dengan cinta. Ya, cinta. Sesuatu yang melibatkan hati, perasaan dan emosi.


Si Gadis : "Cinta tu apa?"

Si Pria : "Hm, macam saya gilakan burger keju. Haha."

Si Gadis : "Dah tak ada contoh lain ke? Asyik burger keju je."

Si Pria : "Awak suka sundae chocolate kan? Kenapa tak tukar selera order sundae strawberry?"

Si Gadis : "Saya lagi suka sundae choc lah kalau nak compare dengan sundae strawberry."

Si Pria : "Tulah cinta. Tell you what, bila dah jatuh cinta ni susah nak bosan dengan someone yang hati kita pilih tau. Saya terlalu gilakan burger keju. Saya dah tak ambil tahu kalau restoran makanan segera tu ada keluarkan menu baru. Tetap saya order burger keju."


Itu dialog mereka berdua suatu ketika dahulu...dulu.
Ketika masing-masing baru menginjak usia 15 tahun.
Sekarang, masing-masing asyik menyalahkan diri sendiri kerana tidak tahu kenapa hubungan mereka tidak berjaya. Masih dalam ikatan persahabatan cuma janggal sedikit berbanding dua tahun lepas.


Ya. Dua tahun lepas.


Selama tiga tahun Si Gadis pendam rasa sukanya itu. Dan selama itu jugalah hatinya luka. Menanggung segala sakit dan pedih di hati, sendiri. Si Pria sibuk bercerita tentang Si Puteri yang cantik tiada kurangnya di mata mana-mana lelaki. Tentang Si Puteri yang diajaknya keluar makan angin setiap petang. Yang dahulunya, Si Pria dan Si Gadis sama-sama melepak di tepi atsik belakang taman sana. Tasik yang menjadi saksi kepada memori indah sepanjang mereka berdua membesar. Dari kanak-kanak hingga besar panjang orangnya.


Si Gadis dalam dua.
Hatinya sakit kerana Si Pria, sahabat dari kecil itu makin kurang meluangkan masa bersamanya?
Atau, hatinya sakit kerana Si Pria tidak sedar akan wujudnya perasaan suka Si Gadis terhadapnya?


Ah, persetankan perasaan yang tak menentu ni!


Si Gadis harus berpura-pura. Dia yakin Si Pria akan lebih gembira dan merasa bahagia dengan Si Puteri. Dia sedar dirinya sungguh banyak cacat cela kalau nak dibandingkan dengan Si Puteri. Banyak sekali. Si Gadis seharusnya bagi sokongan. Ya, supaya Si pria terus setia dengan Si Puteri. Supaya dia sedar Si Puteri adalah dunia Si Pria.


"Kau tetap dunia aku." Diukirnya Si Gadis sebaris ayat itu dalam hati. Demi memujuk perasaan yang semakin tidak menentu itu.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.

Suatu hari, semuanya berubah.

Si Pria : "Kenapa asyik lepak dengan saya je? Kalau boyfriend awak mengamuk macam mana? Saya ni dah lah handsome gila kot, haha."

Si Gadis : "Gila! Mana ada boyfriend. Tumbuk kang!"

Si Pria :"Yelatu! Haha."

Si Gadis : "Hm. Macam mana dengan girlfriend awak yang cantik gila tu? Makin bahagia eh sekarang? Kalau awak bahagis, saya pun bahagia tau."


Ingat senang aku nak susun ayat macam ni, haih.


Si Pria : "Saya dah putus dengan dia."

Si Gadis : "Kenapa pulak weh? Dia cantik kot. Lemah lembut. Semua orang suka dekat dia. Kenapa lepaskan dia macam tu je?"

Si Pria : "Memanglah. Tapi dia tak sama macam someone ni. Saya kenal dia lama gila kot. Dia selalu cakap dia tak cantik, buruk lah. Bagi saya dia cantik. Saya suka dia. Ehem, saya suka awak."

Speechless.

Percayalah, semuanya indah belaka. Masing-masing mengaku engkaulah dunia aku. Tapi lama-lama perasaan sayang bisa tukar jadi bosan. Sebab apa? Bukan orang ketiga, tapi ego tinggi kalah KLCC.

Yang dulunya, dikata sayang sampai ke bulan.
Tapi akhirnya, diakuinya sudah bosan.

Sekarang apa jadi?
Habis berantakan.


Dan percayalah, semua kejanggalan yang wujud ini mampu dihapuskan dengan kejadian yang satu itu. Terserempak di restoran makanan segera yang sama dan meja makan masing-masing berhadapan cuma jarak mereka dipisahkan dengan sebuah meja lagi. Kebetulan dua orang pelayan restoran yang lebar senyumnya masing-masing mendapatkan mereka berdua. Kebetulan.



Pelayan 1 & Pelayan 2 : "Selamat datang! Boleh saya ambil pesanan?"

Serentak,

Si Pria & Si Gadis : "Burger keju. Extra cheese. And tambah sundae chocolate satu."


Perkara macam inilah selalunya mampu menyurutkan ego sekeras Venus dan sebesar Marikh. Klise sangat.