Julai 2014
Aku pernah rasa satu perasaan ini.
Ya, perasaan paling gila.
Gila macam mana?
Susah nak ungkap dengan kata-kata.
Mungkin mudah untuk aku taip di alam maya ni.
Mungkin.
Ah !
Kadang-kadang berkerut dahi aku nak ringkaskan perasaan paling gila tu.
Yang aku sedar, ada perkara aneh berlaku bila aku terjun dalam gaung perasaan paling gila tu.
Bila dia ada depan mata, mata aku cari objek lain untuk ditatap selain dia sebab pandangan mata dia membunuh.
Bila dia belanja Coke kegemaran aku, aku hanya gigit straw sebab segan.
Bila dia buat lawak, aku tahan gelak sebab nak kekal ayu dan sopan depan dia.
Bila aku makan dan dia ada sama, aku makan sikit sebab rasa nak termuntah --- rupanya ini rasa kupu-kupu dalam perut, heh.
Dan satu lagi.
Bila aku pandang cermin, aku nampak dia.
Baru aku sedar perasaan apa yang memburu.
Jatuh cinta --- perasaan paling gila.
Tapi tak bawa makna aku pandai bercinta.