Tuesday, August 19, 2014

Terima Kasih Untuk Memori.



Assalamualaikum and hello earthlings !

Percayalah aku dah mula rindu nak menaip entry biasa macam ni. Eceh bajet gila dia ni haha. Kadang kadang rasa macam layak kena baling sebakul tembikai sampai koma setahun. Pastu semua orang pun sorak gembira sebab aku tak payah nak tunjuk muka dekat diorang lagi dah. Keesokan harinya mereka semua buat jamuan makan. Satu tikar penuh makanan. Sandwich tuna, chocolate cheesecake, mac&cheese, chocolate mint icecream dan banyak lagi. Akhirnya, mereka semua hidup bahagia hingga akhir hayat. Geez teruknya bila aku melencong jauh haha.


Ok sekarang dah masuk bulan 8. Masih berbaki 2 minggu secara kasarnya, lepasan STPM/Asasi/Matrik/Diploma bakal menjejakkan kaki ke alam universiti. Tu diaaa skema giteww ihiks. Pejam celik pejam celik, dah nak habis cuti lepas asasi haritu. Tadi duk belek gambar masa asasi dulu. Eceh macam lama bebenor gaya menulisnya kan haha.





       Bila duk tatap gambar zaman asasi yang sangat banyak ni, mula lah rindu orang tu rindu orang ni haha. Pastu mula lah air mata ni sibuk berebut nak pecahkan empangan mata. Haha. Baru sedar rupanya makin bertambah usia makin bertambah cengeng. Benda kecik pun aku boleh sedih haha. Tak cerita lagi bab patah hati yang dibuat sendiri lol. Yeah tahu bunyinya sangat teruk. Haha. 


     Aku rindu memori. Aku akui tak semua benda yang kitorang lalui masa zaman asasi tu manis. Ada pahitnya juga. Aku rindu Hunger Games Week. Sebab minggu tu aku ada peluang nak borak borak dan kenal classmates aku yang aku tak pernah cakap. Aku boleh tengok semangat masing masing nak menang. Paling aku tak boleh lupa, aku antara pemantun untuk Pantun Hunger Games. Aku tahu bunyi macam lawak gila. Aku tak tahu kenapa aku boleh terjebak dengan pantun tu. Haha. Sudah sudahlah dengan cerita zaman asasi. Malas nak taip sebab terlalu panjang untuk aku ceritakan :)
 
    
   





     Jatuh bangun dengan manusia manusia yang bergelar kawan buat aku rasa nak hidup lama lagi. Kawan untuk buat kau rasa beruntung setiap kali terjaga dari mimpi mimpi malam. Aku akui aku lebih suka hidup dalam fantasi dan imaginasi aku selalu melampau. Haha. Realiti kadang terlalu menyesakkan dada. 





       Mereka juga manusia manusia yang selalu buat aku rasa yakin sepanjang masa. Biasalah tu kalau setiap kali jumpa atau borak borak selalu sangat mengadu. Macam macam aku adu. Selalu rasa rendah diri bila nak jalan jalan dengan orang sebab orang lain lawa haha. Zaman sekolah dulu selalu sangat duk insecure camni. Bila dah tambah usia ni, dah tak ambil kisah sangatlah pasal semua tu. Terima diri seadanya. Bersyukur sebab masih cukup dan sempurna anggota badan. Deria semua masih berfungsi dengan elok. Masih tidak cukup? Mohon terjun kolam yang takdak ayaq. Terima diri seadanya dulu baru sibuk nak terima orang lain dalam hidup. Eceh.




   Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan pastinya tahun berganti tahun. Tiada antara manusia manusia kesayangan aku ni berganti. Bertambah jumlahnya ada lah. Kadang kawan kepada Manusia 1 ini awalnya segan nak borak borak, tapi bila dah jumpa banyak kali makin banyak cakap. Manusia 2 bawak kawan dia dan berterusan dengan Manusia 3, Manusia 4 dan seterusnya. Maka bertambah jugalah jumlah manusia manusia yang selalu buat aku rasa beruntung ini.


                                 
                                                                               
    
    Setiap senyum yang terukir, aku jadikan penguat semangat untuk teruskan hidup. Sebab aku tahu manusia manusia kesayangan itu akan selalu ada di sisi aku. Saat sukar dan getir, selalu ada untuk pinjamkan bahu. Pinjamkan masa untuk aku luahkan segala sakit dan beban hati. Saat senang dan bahagia, masih ada di sisi. Beruntung punya kalian semua dalam dunia ini.




     Manusia manusia yang sungguh gila gila jiwanya dan baik orangnya. Tiada siapa yang mampu gantikan tempat manusia manusia ini. Bila sorang keluar perangai kanak-kanak, semua nak buat perangai sama. Gila tak ceria dunia aku kalau macam ni hari hari. 



  

    Gembira dan bahagiamya hati aku mungkin tidak mampu aku tafsirkan dengan perbuatan. Maka aku coretkan semuanya di sini. Ya, aku yakin ada yang tak baca entry ni sampai habis haha. Nanti kalian semua dah bertambah usia dan sudah bergelar Mama/Papa/Ayah/Ibu/Mak/Abah/Umi/Abi , bukak entry ni. Biar anak anak kalian tahu bahawa ibu bapanya manusia manusia hebat dalam hidup aku. Terima kasih semua :)