Thursday, August 21, 2014

Noktah






Dulu kau dan dia selalu sangat bertukar pesanan ringkas. Senang cerita hampir setiap masa jugak lah. Setiap malam kau selalu call dia. Terlalu banyak cerita dan luahan yang dia kongsi dengan kau. Kau pun sama. Kalau tak dengar suara masing-masing, ada sahaja yang tidak kena. Makan tak kenyang, duduk tak senang, asyik nak beralih-alih. Tak selesa kata kau dan dia. Bila ada depan mata, dia malu nak pandang kau. Bila diusik kawan-kawan, dikatanya janggal. Sampaikan kawan-kawan hairan. Disoalnya mereka sambil garu kepala yang tak berapa nak gatal, ada apa antara kamu berdua. Kau tahan gelak. Kau jawab, takda apa-apa lah. Tapi, kau senyum sambil pandang dia. Dia tak sedar tapi dalam hati bahagia. 


Sekarang kau dan dia sudah jarang berhubungan. Tiada lagi pesanan ringkas yang selalu singgah peti masuk telefon bimbit dia. Kau sudah berubah. Dia masih membelek-belek telefon bimbit, manalah tahu kau tiba-tiba hantar pesanan ringkas. Suara kau. Dia rindu suara kau. Sudah agak lama kau dan dia tidak kongsi cerita. Bila kau, dia dan kawan-kawan keluar bersama, raut wajah dia tiada riak gembira. Kawan-kawan hairan lagi. Disoalnya mereka sambil mata bersilih ganti pandang wajah kau dan dia, ada apa antara kamu berdua. Kau hela nafas panjang. Kau jawab, takda apa-apa lah. Kali ini, kau pandang dia. Dan dia sedar tapi hati dia sudah kosong.

Tuesday, August 19, 2014

Terima Kasih Untuk Memori.



Assalamualaikum and hello earthlings !

Percayalah aku dah mula rindu nak menaip entry biasa macam ni. Eceh bajet gila dia ni haha. Kadang kadang rasa macam layak kena baling sebakul tembikai sampai koma setahun. Pastu semua orang pun sorak gembira sebab aku tak payah nak tunjuk muka dekat diorang lagi dah. Keesokan harinya mereka semua buat jamuan makan. Satu tikar penuh makanan. Sandwich tuna, chocolate cheesecake, mac&cheese, chocolate mint icecream dan banyak lagi. Akhirnya, mereka semua hidup bahagia hingga akhir hayat. Geez teruknya bila aku melencong jauh haha.


Ok sekarang dah masuk bulan 8. Masih berbaki 2 minggu secara kasarnya, lepasan STPM/Asasi/Matrik/Diploma bakal menjejakkan kaki ke alam universiti. Tu diaaa skema giteww ihiks. Pejam celik pejam celik, dah nak habis cuti lepas asasi haritu. Tadi duk belek gambar masa asasi dulu. Eceh macam lama bebenor gaya menulisnya kan haha.





       Bila duk tatap gambar zaman asasi yang sangat banyak ni, mula lah rindu orang tu rindu orang ni haha. Pastu mula lah air mata ni sibuk berebut nak pecahkan empangan mata. Haha. Baru sedar rupanya makin bertambah usia makin bertambah cengeng. Benda kecik pun aku boleh sedih haha. Tak cerita lagi bab patah hati yang dibuat sendiri lol. Yeah tahu bunyinya sangat teruk. Haha. 


     Aku rindu memori. Aku akui tak semua benda yang kitorang lalui masa zaman asasi tu manis. Ada pahitnya juga. Aku rindu Hunger Games Week. Sebab minggu tu aku ada peluang nak borak borak dan kenal classmates aku yang aku tak pernah cakap. Aku boleh tengok semangat masing masing nak menang. Paling aku tak boleh lupa, aku antara pemantun untuk Pantun Hunger Games. Aku tahu bunyi macam lawak gila. Aku tak tahu kenapa aku boleh terjebak dengan pantun tu. Haha. Sudah sudahlah dengan cerita zaman asasi. Malas nak taip sebab terlalu panjang untuk aku ceritakan :)
 
    
   





     Jatuh bangun dengan manusia manusia yang bergelar kawan buat aku rasa nak hidup lama lagi. Kawan untuk buat kau rasa beruntung setiap kali terjaga dari mimpi mimpi malam. Aku akui aku lebih suka hidup dalam fantasi dan imaginasi aku selalu melampau. Haha. Realiti kadang terlalu menyesakkan dada. 





       Mereka juga manusia manusia yang selalu buat aku rasa yakin sepanjang masa. Biasalah tu kalau setiap kali jumpa atau borak borak selalu sangat mengadu. Macam macam aku adu. Selalu rasa rendah diri bila nak jalan jalan dengan orang sebab orang lain lawa haha. Zaman sekolah dulu selalu sangat duk insecure camni. Bila dah tambah usia ni, dah tak ambil kisah sangatlah pasal semua tu. Terima diri seadanya. Bersyukur sebab masih cukup dan sempurna anggota badan. Deria semua masih berfungsi dengan elok. Masih tidak cukup? Mohon terjun kolam yang takdak ayaq. Terima diri seadanya dulu baru sibuk nak terima orang lain dalam hidup. Eceh.




   Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan pastinya tahun berganti tahun. Tiada antara manusia manusia kesayangan aku ni berganti. Bertambah jumlahnya ada lah. Kadang kawan kepada Manusia 1 ini awalnya segan nak borak borak, tapi bila dah jumpa banyak kali makin banyak cakap. Manusia 2 bawak kawan dia dan berterusan dengan Manusia 3, Manusia 4 dan seterusnya. Maka bertambah jugalah jumlah manusia manusia yang selalu buat aku rasa beruntung ini.


                                 
                                                                               
    
    Setiap senyum yang terukir, aku jadikan penguat semangat untuk teruskan hidup. Sebab aku tahu manusia manusia kesayangan itu akan selalu ada di sisi aku. Saat sukar dan getir, selalu ada untuk pinjamkan bahu. Pinjamkan masa untuk aku luahkan segala sakit dan beban hati. Saat senang dan bahagia, masih ada di sisi. Beruntung punya kalian semua dalam dunia ini.




     Manusia manusia yang sungguh gila gila jiwanya dan baik orangnya. Tiada siapa yang mampu gantikan tempat manusia manusia ini. Bila sorang keluar perangai kanak-kanak, semua nak buat perangai sama. Gila tak ceria dunia aku kalau macam ni hari hari. 



  

    Gembira dan bahagiamya hati aku mungkin tidak mampu aku tafsirkan dengan perbuatan. Maka aku coretkan semuanya di sini. Ya, aku yakin ada yang tak baca entry ni sampai habis haha. Nanti kalian semua dah bertambah usia dan sudah bergelar Mama/Papa/Ayah/Ibu/Mak/Abah/Umi/Abi , bukak entry ni. Biar anak anak kalian tahu bahawa ibu bapanya manusia manusia hebat dalam hidup aku. Terima kasih semua :)


Saturday, August 9, 2014

Tanpa Warna








Aku paling takut kalau hati aku terluka.
Aku paling takut kalau hati aku tercalar.
Dan aku juga paling takut kalau hati aku hancur.


         Percayalah semua yang di atas tu statement paling klise bergema dalam mana-mana kotak fikiran manusia. Ya, aku tak nafikan. Bila bercerita soal hati, lelaki dan perempuan sama sahaja. Cuma darjah kesakitan hati masing-masing sahaja yang berbeza. Ada yang sakitnya bagai dihiris sembilu. Tidak ketinggalan juga sakitnya umpama berpenat lelah daki tangga bangunan sepuluh tingkat, lalu tersadung paip di bumbung bangunan. Graviti bumi terasa makin kuat dan BUKKK!! Bersepai tubuh badan. Terhambur segala isi perut. Dan yang aku pasti, darjah sakitnya lagi tinggi bila jatuh tanpa rela. Jelas dari ekspresi wajah terkejutnya (walau sudah hampir hancur) dan tubuhnya menghadap hamparan permaidani biru di atas sana.


Maaf. Aku hanya umpamakan darjah sakit hati dengan jatuh dari bangunan dan terbunuh tanpa rela. Mungkin kalau dari skala 1 hingga 6, aku rasa ini baru skala 5.5. Macam mana skala 6? Aku rasa sakitnya umpama pasangan suami isteri yang sudah bina mahligai cinta selama lima tahun (jangan tanya kenapa kerana aku hanya ingin perincian untuk perumpamaan ini ) dan tiba-tiba ada wanita yang jauh lagi jelita datang merebut cinta dari si isteri. Kekasih lama katanya. Dan si isteri ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan. Sakit kan rasanya? 


                                                            *    *   *   *   *   *


"Kenapa awak diam?"

          Lama Balqis tunggu soalannya dijawab sedari tadi Khairel mengetik-ngetik telefon bimbitnya. Hanyut dengan pesanan ringkas dari pencuri hati barunya kot, tembak Balqis dalam diam. Dalam situasi yang sungguh tegang ini seharusnya mereka berdua sudah punya jalan penyelesaian.


"Rel, saya sayang awak. Awak tak sayang saya ke?"

          Soalan sama diulang Balqis dan dia tahu jawapan apa yang bakal dia terima dari jejaka tinggi lampai di hadapannya itu. Sungguhpun dia tahu jawapan itu bakal menambah calar dan luka di hatinya, dia rela. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri dan sudah tidak mahu perasaannya dianggap sampah.


"Awak, sayang saya lagi tak?"
       
      Soalan sama tapi ada nada keras sedikit dari sebelumnya. Khairel mengangkat mukanya dari telefon bimbitnya dan mengusap rambutnya ke belakang. Dulunya perilaku usap rambut ke belakang inilah yang sering bikin dunia Balqis tidak karuan. Itu dulu. Itu perilaku paling mempesonakan bagi Balqis, dua bulan dulu. Tetapi perilaku itu sangat menjelekkan di mata Balqis sejak mengetahui kecurangan Khairel. Pesona lain seperti setiap kali ketawa, sepasang mata kuyu Khairel jadi semakin menarik sudah hilang dari kamus jatuh hati Balqis.


"Hmm.. Tak tahu. Maaf, saya takde jawapan untuk soalan tu... Sorry Bal."


      Aduh! Sakit hati Balqis bila soalannya mendapat jawapan yang sememangnya dia sudah tahu dari awalnya. Terima kasih kepada drama-drama TV sebab dari situ jugalah Balqis belajar bagaimana terhasilnya jawapan yang mampu meranapkan segenap hati mana-mana manusia yang berjantina lelaki mahupun perempuan. Jawapan Khairel juga berjaya lemahkan empangan mata Balqis. Dibiarkan empangannya pecah dan terus menerus mengalir di pipi mulusnya. Ya, sengaja tidak disekanya. Biar lelaki itu lihat betapa lamanya matanya tahan air dari terembes keluar sejak ketahui kisah kecurangannya, bisik Balqis.


"Bal.. Mungkin kita sudah tidak serasi. Dan saya rasa saya bukan jodoh awak. Maafkan saya." Mendatar suaranya. 


"Tapi dulu awak cakap awak sayang saya. Sayang sangat-sangat. Kenapa sekarang awak macam ni?!" Balqis tinggikan nada suaranya. Geram! Tetapi dia tahu, setinggi mana pun nada suaranya sudah tidak mampu ubah apa-apa. 


     Soalan Balqis dibiarkan sepi seketika. Mungkin sel-sel otaknya sedang berhubung supaya dapat memikirkan ayat apa yang sesuai untuk menenangkan hati aku atau dia sedang memikirkan tentang si gadis yang dia main cinta sekarang, getus hati kecil Balqis. Bertambah geram Balqis jadinya.


"Sekarang saya dah tak rasa apa-apa, Bal. Lupakan saya."


     Terpacul sudah kalimat yang sememangnya berjaya merobek hati Balqis. Dia terus mengatur langkah dan pergi dari situ tanpa mengucapkan selamat tinggal. Paling menyakitkan Khairel tidak menahannya dari pergi.


Khairel sudah menjadi sejarah yang Balqis sendiri tidak mahu kenang. Sampai bila-bila.



Dua minggu sebelumnya....


"Nombor yang dail tidak dapat dihubungi."

      Sudah enam kali Balqis mendail nombor Khairel dan mendapat pesanan yang sama. Masih tidak berjawab panggilannya. Susah benar mahu menghubungi lelaki itu sekarang. Sejak peristiwa Khairel tersalah hantar pesanan ringkas kepada Balqis, sungguh menduga kesabaran Balqis. Dia periksa lagi pesanan ringkas yang bersulamkan cinta dari Khairel kepada Rina. Rina mana pun Balqis tidak tahu. 


     "Awak ada kat mana?" Dihantarnya SMS kepada Khairel. 

    Sudah sepuluh minit berlalu tetapi masih juga tiada balasan dari Khairel. Sekali lagi Balqis periksa pesanan ringkas itu. Makin bertambah pedih hatinya. Dia periksa akaun Twitter miliknya, ada beberapa tweets yang Khairel hantar terpampang di laman utama Twitter. Sengaja mengabaikan aku ke apa ni, bisik hatinya.


      Malam itu takdir telah menemukan Balqis dengan Khairel. Jalan ceritanya bukan terserempak di shopping mall dan Khairel mengajaknya makan di restoran kegemaran mereka. Tetapi, Balqis melihat Khairel dan Rina sedang makan di sebuah restoran. Ya, restoran yang dahulunya kegemaran mereka berdua. Bertambah luluh hati Balqis bila raut wajah Khairel sungguh bahagia.

"Dia tak sayang aku dah ke?" Soal Balqis sambil berlalu pergi.



      Lapan bulan berlalu dengan pantas sekali. Balqis sudah berjaya keluar dari kesedihan yang melampau. Kata omputeh, move on. Tetapi hidupnya mungkin bakal menjadi kelam kembali sejak kehadiran Khairel di hadapan rumahnya petang itu. Datang dari mana pun Balqis tidak tahu. Dia yang sibuk menyiapkan minum petang untuk dinikmati bersama Tini, Farah dan Yaya (rakan serumah Balqis), kaget apabila Tini beritahu bahawa Khairel terpacak di depan sana.


    Apa hajatnya datang ke rumah ya, bebelnya sendiri. Ah! Mungkin mahu menyerahkan kad undangan perkahwinannya dengan Rina kot. Tapi, bukan ke terlalu awal nak naik pelamin bagi usianya itu, soalnya dalam hati. Ah! Persetankan semua itu. Tak bagi untung pun kalau fikir. 


     "Boleh saya cakap dengan awak sekejap? Hanya kita berdua." Disusunnya ayat elok-elok sambil mengerling Farah dan Yaya yang sedari tadi berebut mengecil tubuh masing-masing di sebalik pintu, curi dengar perbualan Balqis dengan Khairel. 


    "Cakap sekarang pun takpe." Balqis sibuk membelek kelopak bunga mawar di hadapannya. Ada beberapa kelopak mawar merah itu mulai bertukar warna. Dipegangnya dengan hujung dua jarinya. Mungkin begini cinta Balqis pada Khairel sekarang, sudah tidak punya apa-apa makna lagi. Dikerlingnya Khairel yang sedari tadi perhatikan dia membelek  mawar dalam pasu itu. Tidak senang duduk Balqis apabila diperhatikan sebegitu rupa.


     "Ahmad Khairel, cakap la." Mendatar suaranya.

    "I'm sorry, Balqis. Kita jadi macam dulu ya?" Rayunya dengan nada yang mampu mencairkan hati seorang Balqis suatu ketika dahulu. Sekarang dah lain. 


   "Untuk awak sakitkan hati saya lagi? Rasanya sakit hati saya dah sembuh sejak lapan bulan lepas. Dan, sekarang awak muncul merayu macam ni, sekarang baru pedulikan saya?" Balqis tidak dapat menahan geramnya lagi. 


   "I need you, Bal. Saya tak boleh hidup tanpa awak."

    Balqis tergelak sendiri bila kalimat itu yang meluncur laju dari mulut Khairel. Ya, Balqis sedang memperlekehkan segala dialog yang keluar dari kotak suara Khairel. Percayalah ini baru sedikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang Khairel pernah lakukan kepadanya dahulu. 


      "Sudahlah Rel. Saya rasa betul apa yang awak cakap dulu yang kita ni tiada jodoh." Tutur Balqis dengan senyum sinisnya. Riak wajah lelaki di hadapannya sungguh memilukan. Sukar untuk ditafsirkan aura sedih yang terpancar dari kolam matanya. Mungkin ini riak wajah aku saat disakiti lapan bulan lepas, bisik hati Balqis.


      "Balqis, saya sayang awak. Awak sayang saya kan?"Ungkapan sayang yang sungguh menggelikan bagi Balqis sekarang. Gegendang telinganya sudah tidak mampu menampung ungkapan sayang Khairel lagi. 


      "Entah. Saya tak tahu." Padan muka! Dibalasnya Balqis dengan jawapan yang sama. Jawapan yang pernah calarkan hatinya suatu ketika dahulu. 

      Merah padam muka Khairel setelah dibidas dengan jawapan Balqis itu. Tanpa banyak bicara, Balqis tinggalkan Khairel di situ. Tanpa menoleh lagi kerana dia sememangnya tidak mahu hatinya tunduk dengan rayuan Khairel lagi.



Thursday, August 7, 2014

CPUV Nuffnang : Air Asia Go - Korea Sale!




Assalamualaikum and hello earthlings!


Pergh lama gila tak taip intro yang sangat bersemangat tu. Haha kadang-kadang bila aku taip intro tu dalam kepala aku, aku dah bayang muka excited kanak-kanak ribena yang riang rianya lambai tangan. Dan percayalah semua bayangan dalam kepala aku hilang bila aku sedar aku punya cara penulisan makin hari makin hambar. Lol.


Ok taknak taip pepanjang. Cuma nak cerita sikit pasal yeah title entry untuk kali ni haaa. Excited gila ok bila check Nuffnang ada CPUV haaa. Omg lama gila ok aku tunggu benda alah tu muncul. Setiap hari aku check tau. Cuma semalam jelah lupa nak check sebab hujan lebat. Pastu baru perasan Nuffnang punya CPUV ni tarikhnya mula 5 Ogos 2014. Oleh itu, saya mengambil langkah drastik dengan menyegerakan segala urusan CPUV ni haaa. Geez kenapa skema gegila ni haha. Ok teruknya mengarut. Takpa, aku bukan nak taip bagi orang baca pun tapi terima kasih kepada yang sanggup teruskan bacaan entry yang sangat hambar ini. Terharu I camni tau aheraher.


Ok berbalik kepada tajuk di atas. Apa yang terlintas dalam fikiran aku bila baca perkataan Korea ni, aku nampak segerombolan aktor dan penyanyi Korea yang tinggi lampai, mata sepet yang sangat menarik dan rambut hitam yang memang aku mampu sepak sepak dinding tanpa sesalan. Alahai hensemnya. 



FT Island ihiks

Sorang je yang sentiasa jadi tumpuan aku haaa. Yang paling kanan tu weh. Choi Jonghun namanya. Alahai dia punya hensem tu lain macam ah. Setiap kali bukak Music Video FT-Island ni aku suka sangat tekan 'pause' dan tenung muka Choi Jonghun lama-lama. Bila dia senyum tu haaa amik kau, rasa macam dunia tak berputar je weh. Tu diaaa berangan tak sudah dia ni. Melencong terus dari tajuk utama.



Nahhh tekan link kat bawah iklan ni ye. Mana tahu dapat derma tabung Nuffnang blog yang tak berapa nak kaya dengan entry serius lagi berinformasi haaa. 


Air Asia Go - Korea Sale
Dah klik? Omg sayangnya aku dekat kalian semua :* aheraher. Ok aku yakin semua yang baca ni makin menyampah dengan aku haha.