Tuesday, January 3, 2017

2017 : Masih orang yang sama


Assalamualaikum dan hello semua 🐵🐵🐵

Amboi semalam kemain beria nak update blog, nak bebel-bebel dekat sini. Tapi, sendu je menaip. Ni pun dah masuk kali ke berapa entah aku taip, lepastu backspace. Lempang kang. Dan aku tengah jakun dan seronok sebab emoji dah boleh selit dalam penulisan kali ni. Omg dah tak payah beria nak google gambar monyet geleng-geleng kepala lagi dah demi nak tunjuk emosi aku 😂😂 (ni lah contoh tengah berseronok dengan emoji lulz).


Harini dah masuk lembaran ketiga untuk tahun 2017. 
Dan aku nak ucapkan Selamat Tahun Baruuuuuuuu!!!! 🎉🎈🎊 
Moga dikurniakan kegembiraan kepada kalian semua dan dipermudahkan segala urusan sepanjang 2017. Amiinnnn 💕

Saturday, November 19, 2016

Biarku rasa apa yang kau lalu...

Today Was A Fairytale.

Di sebalik nama blog ni ada kisahnya tersendiri. Entahlah. Banyak cerita sudah aku kisahkan dalam blog ni. Semua cerita. Persahabatan, emosi berkecamuk, jatuh cinta buat pertama kali, dan kekecewaan.....

Tapi semua cerita tu aku simpan elok, aku jadikan draft.

Semua orang hendakkan pengakhiran cerita yang gembira macam kisah dongeng. Dengan sedikit serbuk magis, senyuman manis dan mungkin hati yang sedang jatuh cinta.

Selalu orang cakap, biarkan waktu berhenti. Jangan biarkan masa melangkaui cinta mereka.

Tapi, apakah lebih bagus sekiranya waktu tidak dihentikan tetapi biarkan cinta melangkaui masa?

Buat masa sekarang, aku masih kembali pada asal aku yang masih kecewa tu. Dan asal aku yang tidak percaya, kisah dongeng ada pengakhiran yang gembira

Heh, apebenda aku ni.

Selamat malam.