Gelap malam makin memekat saat aku topang dagu menghayati bunyi cengkerik di jendela. Sesekali aku dongak atas perhatikan taburan bintang di langit. Mug besar berisi coklat panas aku bawa ke mulut, haba panas yang menyerap mug itu bantutkan niat aku. Laptop yang sedari tadi aku hidupkan, aku bawa ke riba. Terus aku mainkan lagu-lagu kegemaran aku. Mahu hidupkan suasana, kononnya. Dan senarai main (playlist) dimainkan....