Monday, April 19, 2021

Ceritera Dia Dan Engkau

Mac, 2014



Hanya kerana Si Pria pernah menumpahkan semangkuk bubur kacang hitam yang pekat warna ungu gelap dengan secara tidak sengaja mengotorkan gaun merah jambu kesayangan Si Gadis suatu ketika dahulu, mereka dapat berkenalan. Padahal masing-masing tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama. Kelakar.


Peristiwa bubur kacang hitam itu juga membawa kepada perang anjing dengan kucing. Juga terlakar sejarah perang mulut tanpa henti yang dilancarkan secara tidak rasmi selepas kejadian bubur kacang hitam itu. Pantang sekali berjumpa. Ada sahaja cacat cela dibahaskan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kelakar.

Jom Mula Sekali Lagi?


September, 2018



Assalamualaikum dan hello earthlingssss!

Wehhhh serius rindu gila nak taip intro macam kat atas tu. Lama tak lepak sembang sini sorang-sorang macam selalu. Lepastu akulah tu yang usaha sangat whatsapp semua orang suruh baca post dekat blog ni ha. Tapi aku macam yakinlah dah tak ramai sangat orang bukak blog. Semua benda boleh dapat kat Instagram, pakej video dengan gambar sekali ok. Kalau nak tulis cerpen ke puisi atau novel ke apa, semua orang cari Wattpad. Install je dekat phone masing-masing. Aku pernah jugak buka akaun Wattpad dan taiplah segala idea kat situ. Tapi entahlah, aku lagi suka kat sini. Sambil sambil bebel kat sini. Gosip sesikit. Caruts je kurang haha!