Sunday, February 28, 2016

Insecure Berpisah Tiada pftttt






Semua orang pernah jatuh suka. Walaupun dari luaran kau nampak macam tak peduli pasal semua orang, tapi tetap ada terlintas suka mana-mana orang. I mean, tiap kali kau terpandang dia mesti kau rasa senang hati gitu. Pendek cerita, crush. 

Ada yang suka dari jauh dan tak pernah borak apa semua. Dan, ada jugak yang suka dalam diam tapi selalu borak, siap lepak sama-sama lagi. Ni kira golongan paling memendam rasa tunggu hati nak meletup je. Bukan apa weh, sakit woi pendam perasaan lama-lama. Kau faham dak, bila kau sorang mamat/perempuan ni pastu korang hari-hari jumpa, lepak makan sama-sama tapi pada masa yang sama kau suka dia. Huih, rasa macam keluar dating tapi dia tak sedar pun perasaan korang dekat dia. Seronok tau bila suka dengan orang yang kita kenal. Sebab kau akan fikir, korang dah sama-sama kenal diri masing-masing. Tiap malam, selalu borak dekat Whatsapp. Kalau jumpa pun mesti ada je yang nak dibualkan. Orang cakap macam ada chemistry gituuu. 

Indah tu memang indah, tapi tak selamanya indah ok. Hidup tak seronok kalau tak ada babak jatuh tersungkur cium tanah.  



Paling mengujakan perasaan patah hati kau bila, orang yang selalu Whatsapp dengan kau tiap malam tu tiba-tiba menyepi. Macam hilang terus. Tapi atas dasar suka dan dah mula jatuh cinta, kau tunggu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu atau mungkin bulan berganti bulan. Kau masih tunggu dia. Tup tup! Nampak gambar dia dengan kekasih dia dekat Facebook. Siap dengan kapsyen paling romantis. 

Bila kau selidik, rupanya tu kekasih lama dia. Dan, macam-macam dalam kepala kau masa tu. Perasaan nak carut lagilah memuncak. Geram, sedih pun ada. Percayalah, kau akan murung selamanya kalau tak move on. Kadang-kadang, move on ni susah sebab selama ni kau terbiasa dengan dia. Maksud aku, selalunya kau akan makan dekat restoran makanan segera dan pesan burger keju dengan fries extra large bila dengan dia. Tapi dalam tempoh usaha nak move on, kau takkan sesekali masuk ke tempat tu. Nanti tak pasal-pasal kau tendang meja sebab tiba-tiba teringat. 
Sebenarnya, bukan ada orang baca pun blog aku. Tapi disebabkan atas sebab tertentu dan hormat permintaan seseorang, aku buanglah cerita tadi tu. 





Tuesday, February 23, 2016

Universiti Putra Malaysia, Gedung Ilmu Menara Budi ~






Assalamualaikum and hello earthlings!

Harini hari kedua kuliah. Dan, pagi tadi Statistik Sains Gunaan. Dengan semangat yang tinggi, aku bersiap awal. Kelas jam 10 pagi, konon nak naik bas jam 9 pagi. Bolehlah datang awal dan pilih tempat yang selesa dalam Dewan Kuliah (DK) tu kan. Yelah, keselesaan dan kedudukan yang sesuai akan meningkatkan lagi kadar fokus seseorang itu untuk menerima segala macam jenis input baharu. Ok rasa nak lempang diri sendiri. Sangat rasmi bahasa yang saya guna. K


Tepat jam 8.50 pagi aku dah setia berdiri dekat bus stop yang memisahkan kolej 10 dan kolej 11. Salah satu azam untuk semester baru, datang kelas sebelum lecturer masuk. Tapi, bas masih belum kelihatan. Haih. Dalam jadual, bas gerak dari kolej jam 9 tapi hm jam 10 baru ada bas. Azam tak menjadi gaissss :( Takpa, banyak lagi kelas lain. Boleh cuba lagi yay! :)


Aku rasa, hari ni aku macam takdak buat apa je. Cuma pergi kelas Statistik. Lepastu, lunch sambil lepak dengan Farhanah. Sambung lepak kat makmal komputer fakulti sebab nak register subjek. Wifi laju woi! Peh memang dekat situlah jadi port rahsia kalau nak ponteng kelas hiks. Selesai semua tu, terus balik bilik. Nampak dak macam tak berapa nak buat apa-apa. Mungkin, baru first week kot. 


Lagipun, aku banyak drop subjek hahaha. Sebab nak elakkan dari satu kelas dengan mana-mana yang aku punya pengalaman sekelas ha. Entahlah weh. Aku seronok je dengan course aku tapi kalau macam nak borak gitu-gitu boleh ah. Kalau nak lepak tu macam tak je, sebab dorang kolej dekat dekat. Aku? Hm sebelah Petronas k kolej aku. Jauhlah nak dibandingkan dengan kolej dorang. Mungkin tu kot sebab utama kenapa aku tak berapa kenal dengan batchmates, juga merangkap coursemates baru aku. Hm. 


p/s : aku dah letak lagu untuk blog ni. haha takdaklah rasa kosong sangatkan kalau ada lagu yang teman korang. ok bye. muahciked :*

Monday, February 22, 2016

Isteri VS Tunang






"Semua yang ada ada pada dirimu,
membuat aku ku, aku jatuh cinta"

                                                    Pencuri Hati -- Ayda Jebat


Isteri VS Tunang! Drama yang menggantikan drama Sha & Shah, yang mana pelakonnya Kamal Adli dan Syatilla Melvin. Promo drama Isteri VS Tunang ni bagi aku sangat menarik. Yelah, tiba-tiba sangat muncul Dato' Seri Vida kat hujung hujung promo dia. Menarik kot video promo dia. Terus rasa tertarik nak bersila depan TV setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam! Ini serius weh.


Teruja gila sebab pelakon utama Isteri VS Tunang muka macam model pastu jalan cerita macam best! Antara tunjang utama drama ni Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar, Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea dan Sharifah Sakinah bawa watak Amira Irdina. Faham dak perasaan aku bila bukak channel 104, Astro Ria tiap jam 10 pastu opening drama ni macam mengujakan kot. Lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat dipinjamkan untuk drama ni. Ya, OST Isteri VS Tunang ni rupanya lagu Ayda Jebat. Lagu ni best sebab bukan lirik yang macam nak mintak kena lempang. So, good job!


Nak dijadikan cerita, 5 hari lepas aku dah terfikir nak beli novel Isteri VS Tunang sebab aku balik Serdang. Mesti tertinggal banyak episod drama ni. Sebab perasaan ingin tahu makin membuak-buak apalah Amira Irdina nak buat, apa yang akan jadi bila Zaim Azfar tahu Alana Sofea pregnant semua tulah. So, aku ke NU Sentral. Dah target nak pi MPH lepastu pulang dengan hati yang senang. Kononnya.


Sebelum ke MPH tu aku dengan Ena melencong ke banyak tempat jugaklah. Ok lets make it short lah senang. Sampai je dekat MPH, agak blurr jugaklah. Sebab susunan rak dia lain dari MPH lain. Sebab rak novel melayu rupanya semua dekat area lantai papan. Maka gigihlah kitorang duk cari novel Isteri VS Tunang ni. Tapi tak jumpa! Ok takpa, pi check dekat komputer dia dulu. Aik! Katanya ada 3 buah lagi. Haih. Takpa, cari lagi. Jangan putus asa!

Lama jugaklah kitorang cari tu sampai dah give up dan aku cakap dekat Ena, takde dah kot. Ena cadangkan tanya akak yang tengah susun calculator. Aku macam takyahlah kot. Mesti dah habis apa semualah. Ena panggil aku tunjuk senarai novel bestseller bulan Februari yang tertampal kat dinding tu. Isteri VS Tunang....no 1! Patutlah cari tak jumpa, dah habislah tu. Ena terus tanya akak tu kat mana keberadaan novel yang kitorang cari tu. Then, akak tu cadangkan cuba cari dekat area hujung tempat yang kitorang cari mula-mula tu. Dan belum sempat kitorang berlalu pergi, akak tu cakap cuba tengok tengok dulu area rak bestseller belah kanan dia. Ada dua pilihan. Kitorang pilih yang kedua dulu. Ena tunjuk area novel melayu bestseller dan............. 





YAAAAA! ADAAA! HAHAHAHAHA SERONOK WOI! NI NASKHAH YANG TERAKHIR DEKAT RAK TUUU!


Terus grab dan bayar!


Ok sekian. hahahahahhahah toodles ~