Thursday, December 10, 2015

Terima Kasih Pinjamkan Kami.

 

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami



Makin aku hadam, makin aku selami lirik lagu Kau Sahabat Kau Teman --- Hijjaz ni, makin jelas memori yang terselit di kotak memori aku. Aku tenggelam dalam menghayati bait-bait yang dinyanyikan oleh Hijjaz. Perasaan sebak kuasai aku. Tapi aku mampu tahan. Aku tahu aku kuat.





Masa ni kira macam first time kita borak kan? Padahal tiga semester dah pernah bertembung dekat Komplek Akademik E, UPM. Sebab sama-sama belajar asasi dekat situ. Usainya asasi, kita lepak sama-sama dekat KB Mall. Mula-mula tu  awkward sebab tak pernah borak. Bila dah borak haaaa amik kau, semua benda nak cerita. Banyak sangat benda nak diceritakan dan banyak benda nak dikongsi. Lagi-lagi masa asasi sebab roomate aku satu kuliah asasi dengan dia. Haih. Memori betul. 


Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati



Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Masih dia yang kitorang ajak lepak sama-sama. Dua minggu sebelum masing-masing sambung belajar balik, kitorang sempat berkelah sama-sama. Masa ni semua excited sebab makanan pun banyak pastu dapat main pantai. Huish kitorang semua macam kanak-kanak ribena kot. Hahaha. Budak kecik kat situ pun segan nak excited sebab kitorang lagi excited. Lol. Ni gambar terakhir kitorang ramai-ramai dengan senyum paling lebar. Makin aku tatap gambar ni, makin aku rasa sebak. Rasa macam semalam je lepak sama-sama macam ni. Gelak gelak tanpa ada rasa gusar. 

Takpa. aku kuat. Aku cuba bisik ke hati aku. Dalam diam aku cuba tahan segala rasa. 


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa




Pagi tu telefon bimbit aku vibrate di sisi katil. Laju aku bukak notifikasi whatsapp yang jarang sekali mesejnya lebih dari 7 orang yang berbeza. Mulanya aku fikir aku silap baca. Tim iyakan dan ulang baca sekali apa mesej yang dia dapat dari group whatsapp kuliah asasi dia. Masa ni aku speechless. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku terkejut. Dan aku hanya mampu diam. Aku call Najwa. Aku terlalu inginkan kepastian. Dan yeah, dia belum tahu lagi. Ini makin bikin aku tak karuan. Serba salah tapi harus disampaikan. Kami sama-sama terdiam. Hadam, hadam dan hadam. Di hujung talian, aku dengar Najwa tahan sebak. 

Beberapa jam selepas terima berita sebegitu rupa, aku masih terdiam. Aku cuba ketawa dengan lawak dari rakan-rakan soal terpijak kasut di padang. Tapi rupanya aku hanya berlakon cuma aku tidak sedar. Aku online FB dan aku scroll segala berita yang lalu di newsfeed aku. Satu per satu aku baca post mengenai dia. Ya, dia. Masuk post ketiga, aku mulai sebak. Dan aku tewas. Aku tidak tahu kenapa. Aku cengeng sebab dia kawan paling baik dan paling elok pekertinya. Semua yang baik-baik ada pada dia. Aku harap dia baik-baik saja di sana. Terima kasih pinjamkan dia kepada kami, walau cuma seketika. Terima kasih. Terima kasih,,,,


Al-fatihah.
Moga kamu tenang di sana, Izzat Muzakkir.



Sunday, November 29, 2015

Hold me by my name, hold me till the end.





Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam habis masa satu hari, dari pagi sampai ke malam duk tukar header blog bagailah. Tak termasuk dengan masa yang habis duk cari lagu dengan blog orang. Nak buat macam mana lagu tu best kemain. Terjumpa twitter tuan punya blog, terus mention dan tanya. Lol. Memang Fatehah Marzuki sangat. Hahaha.

Tu gambar masa kat Putrajaya. Ha ah, belon warna ungu dengan baby pink tu belon birthday yay! Double birthday lah kiranya. Gabung je terus, senang. Masa ni tak tahu pun dorang nak sambut birthday bagai tu. Yang aku tahunya, dorang cakap nak lepak Putrajaya je. Tapi mulanya, aku fikir dorang nak bawak lepak FRSB je malam tu. Sebab kebetulan malam tu, FRSB ada BBQ party macam tulah. Dorang macam lama je kat situ. Aku pulak acah-acah awkward nak mampus, sebab masa tu dah tak belajar architecture dah pun. Tak pasti awkward ke segan sebenarnya hahaha. 

Aku lepak dengan kakak-kakak Industrial Design masa tu. Kan dah cakap segan sebab tu tak lepak dengan budak archi. Tetiba sangat hahaha. Yana call cakap dah nak gerak. Teruslah ke sana. Sampai je kat sana, pegi tasik kat belakang tu ha. Lupa nama apa. tapi pasir dia warna putih lol. Aku, Ena dengan Fiza main lah kat tasik tu. Padahal tak sedar Fiza yang ditugaskan untuk distract kitorang kejap. Tiba-tiba dari belakang, Yana, Nani, Ya nyanyi lagu rasmi happy birthday dan Fiza sambung.

Terharu sangat weh! Terima kasih girlprengs ihiks muahciked :*




                                                              *     *   *     *      *     *    * 



Ok ni kira birthday paling penatlah kot sebab duk kejar sana sini. Plan A tak jadi, terus ke plan B. Asyik tukar-tukar plan kot. Hahaha. Mula-mula, Ya cakap nak beli kek untuk Yana. Nak sambut birthday dialah. Masa tu Nani dah angguk setuju dan tugas dia jaga Yana sampai kitorang balik dari beli kek tu. Sebenarnya nak sambut birthday Nani jugak hehe. Kitorang saja je suruh dia jaga Yana. Aku, Ena, Ya dengan Fiza pergi kedai kek tu dengan Zul. Dia drive. Terima kasih Zul! Haha. 

Sampai je kat sana, terus pilih kek. Eh tak, mula-mula fikir dulu nak pilih kek apa sambil tangan aku laju duk kutip roti sarang lebah dari bakul roti depan tu. Aku lapar tau muahaha. Then, dah pilih kek mestilah ke kaunter nak paipkan apa atas kek kan. Masa ni Ena pergi kat kaunter tu dan Fiza pun macam ekori Ena. Masa ni aku dengan Ya dah cuak! Risau dia tengok nama siapa yang kitorang mintak paipkan tu. Sebab ada nama dia sekali. Ya! Kitorang nak sambut birthday dia sekali!

Aku terus macam eh Fiza cuba tengok kek ni sedapnya weh. Nasib dia layan je aku duk usya kaunter kaca yang penuh dengan kek dan kek cawan yang menarik tu haha. Amboi ayat, kemain, Laju-laju Ena cakap dekat si pemaip nama tu letak nama Fiza sekali. Ok selesai satu. Masa dah siap bayar tu, cashier tu tanya nak berapa lilin. Fiza cakap dua, terus aku potong aku cakap nak tiga. Masa ni hampir kantoi jugaklah sebab Fiza tanya kenapa kena tiga kan sambut birthday dua orang ja. Terus aku cakap eh aku nak sambut diri sendiri jugak tau. Nasib baik dia gelak je tau. Kalau tak memang tak jadilah kejutan tu ha,

Nani ws kitorang, bagitau Yana dah lapar gila sebab satu hari dia tak makan langsung. Kitorang sedia maklum Yana kalau lapar, pastu kau ajak borak ke kacau dia sikit-sikit memang cari nahaslah. Nani cakap jumpa dekat kedai makan dekat tasik Sri Serdang tu. Maka Zul jadi driver kitorang lagi bawaklah kitorang ke sana. Sampai je sana, lambai Zul apa semua. Terus duduk bersila dekat playground situ dengan plastik besar berisi kek merah baldu tu ha. Excited nak buat kejutan hehe. 

Tiba-tiba Nani call, cakap dorang ada dekat D'Klasik. Okay. Okay. Okay. Terus kitorang krik krik kat situ. Sebab takdak transport nak pi sana! Haha. Takkan nak call Zul suruh patah balik ambil kitorang kan? Ya suruh tenang, dan dia call Mirul. Pheww nasib baik dia bawak kereta datang UPM. Sampai je kat D'Klasik, Ya dengan Ena duk gigih nak nyalakan lilin tu. Aku dengan Fiza pegi cari Yana dengan Nani. Tugas aku kumpulkan dorang bertiga sebab nak bagi nampak kejutan yang terkejut sangat tu sebab masing-masing tak tahu nak sambut birthday dorang jugak. Dorang tahu nak sambut birthday Yana je. Ya dengan Ena datang dengan kek merah baldu, lengkap dengan tiga lilin yang awalnya menyala dan setibanya kek tu ke meja kitorang terus padam. K

Ah lantak! Kitorang tetap nyanyi jugak lagu rasmi tu haha. Nani dah terkejut excited tu pastu muka Fiza pun macam omg sambut birthday aku jugak ke hahaha. Yana? Mula-mula dia tak sedar sebab dia tertidur kat situ. Lol. Tapi overall, semua gembira yay! Dan plan menjadi walaupun asyik tukar-tukar. Haha. 



                                                        *     *    *     *     *     *    *


Birthday Ya! Hahaha masa ni dorang tak confirmkan lagi nak buat kat mana, nak buat bila apa semua. Pastu Ena cakap buat dekat IOI Putrajaya lepas semua orang habis kelas design. Kebetulan aku takdak kelas masa tu, memang aku duk nganga depan laptop sambil jeling phone lah tunggu bila dorang nak confirmkan ni. Dalam pukul 2 macam tu, Fiza call cakap dia dengan Nani datang ambil aku kat kolej. Terus bersiap lilit shawl bagai. Pastu sampai je kat sana yang lain dah ada kat Wondermilk. Mula-mula ingatkan nak makan dekat situ, rupanya datang beli kek cawan je haha. Ya pun macam dah pening sebab masa tu kitorang tak tahu nak makan kat mana. Lol.

Sambil jalan duk fikir kat manalah nak makan. Sampai tahap kena main lat tali lat sebab tak tahu nak makan kat mana. Last sekali, semuanya duk gelak-gelak sambil borak dekat Manhattan Fish Market oyeahh! Happy birthday Ya :*





Ha aku cuba update selalu blog ni. 

Sunday, October 4, 2015

perempuan yang gilakan penyanyi





Assalamualaikum and hello earthlings!

Ya, datang singgah sini sebab nak bagitahu takleh fokus buat lab report sebab bae duk mintak guwa bukak video dia nyanyi kahkahkah. Perasaannya dia ni. Lol.

Nanti birthday guwa, taknak mintak kejutan harijadi yang mana mata ditutup dengan kain hitam pastu dikejutkan dengan hamparan kain putih ditabur bunga lavender (suka hatilah sebab guwa suka lavender melebihi segalanya amboi) pastu belon yang wujudkan suasana harijadi yang menyeronokkan. Guwa nak album Afgan je sebenarnya. Nampak tak perempuan ni cuba nak sedarkan kalian bahawa dia cinta mati dekat Afgan? 



Hahaha bye. 



Thursday, September 10, 2015

selamat pagi semua



Assalamualaikum and hello earthlings!

Phewww pagi ni baru sempat nak singgah sini. Bila dah masuk sem baru ni haaa makin banyak kerja yang harus diselesaikan. Aku kan isi borang pertukaran program. Dua minggu pertama dah kena ulang alik BHEP dengan fakulti baru aku. Oh lupa, tahun ni sepatutnya aku dah rasmi pelajar tahun dua, Tapi disebabkan oleh pertukaran program ni, aku kena jadi first year balik.

Bila aku cakap nak tukar course pastu jadi first year balik, ramai jugak yang cakap rugilah macam tu. Ala rileks je. Lagipun aku baru 20 tahun. Tak terjejas sangat punlah. Cuma grad lewat setahun dari batch 2014/2015.

Dulu aku teruja kot dapat seni bina. Ya, architecture. Course yang aku tak terfikir pun nak ambil. Zaman sekolah dulu pun, aku dengan bangganya bangun dari kerusi dan bilang "cikgu, saya nak jadi seorang guru" Peh sebab kagum dengan mak abi aku. Dua-dua cikgu kot. Ok berbalik kepada cerita aku tadi, ha memang aku teruja sebab masa pertama kali jejak kaki ke Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, dah set dalam kepala mampu kot. Padahal risau sebab tahu takda minat, tambah lagi dengan tangan kayu pastu idea kelaut dan terhad. Hish risau betul dengan diri sendiri masa tu.

Hari berganti hari, dan minggu berganti minggu, aku buat keputusan mahu undur diri. Sebab makin tak yakin boleh harungi 7 semester kat FRSB tu dengan rasa mampu yang makin tenggelam ke dasar hati tu. So, aku ambil keputusan taknak teruskan dah. Ni yang aku nak pesan ke adik-adik yang hendak isi UPU pada masa yang akan datang, pilihlah elok-elok. Solat istikharah. Silap pilih, meraunglah engkau dekat meja. Tapi bagi aku, apa yang aku lalui masa sem 1 tu macam satu pengajaran untuk aku sendiri jugak.

Dan banyak memori sudah aku lakar. Terima kasih Archameleon untuk satu semester yang menyeronokkan :)

Thursday, August 20, 2015

Sabar Sabar Sebentar Beri Aku Waktu





Pernah berangan, mahu jatuh cinta dengan penulis misteri.
Aku mahu jatuh cinta dengan tulisannya. 

Setakat ini rama-rama belum bersiulan dalam perut.
Setakat ini melodi cinta belum berkumandang dalam kepala.

Nanti sajalah.





Saturday, August 8, 2015

We Had A Promise Made, We Were In Love







Assalamualaikum dan hello earthlings :) !

Ok saja je ni singgah kejap. Cuba bagi nyawa kat blog ni. Nanti takdelah orang singgah sini pastu blurr kejap kenapalah setiap entry tu jauh nauuuu tempoh masanya. Hm mula-mula buat blog dulu, tiap hari nak update entry baru. Seronok gila kot masa mula-mula kenal benda alah ni ha. Sebelum update apa-apa kat sini, mesti kena jugak fikir nak taip apa. Awal-awal dulu aku jenis letak lirik lagu je. Hish bila fikir balik sekarang, ada potensi jugak kot blog ni jadi tempat orang cari lirik lagu. Haha. Merepek. 

Dan aku dah tukar link blog atas tu ha. Dah umur 20 takkan nak suruh orang singgah blog aku, bila orang tanya eh apa linknya. Berbelit jugak aku nak sebut. Tu yang aku selalu tulis atas kertas bagi kat orang yang tanya tu. Paling malas nak sebut dah tu.

Aku sebenarnya perasan sangat cara aku menulis dah lain macam. Dah takde perasaan. Dulu taip ecewahhh berbunga-bunga weh. Ha sebut pasal bunga ni kan, aku suka Lavender. Ya, yang warna ungu tu ha. Warna kegemaran aku ungu. Bukan ungu semata, ungu dan anak beranak dia yang lain tu. Yang ada unsur ungu, aku suka. Eh tak, cinta. Mohon bakal suami bawak I bercuti kat ladang lavender ye. Paling malas pun, you hadiahkan I taman bunga pun ok jugak. 



Ok yang atas tu merepek. Eh tak jugak, tu impian. Kahkahkah. 


Ha tiap manusia pasti ada yang dia suka dan obses. Lumrah kot. Macam aku lah ha. Aku suka dan obses baca tulisan kat blog Hanis Zalikha. Keknis lah senang. Ramai yang kenal Keknis kot. Blogger, pelakon, model dan pengacara lawa. Ya, Keknis lawa gila. Aku baca tulisan kat blog dia dari zaman awal-awal kenal blog. Dia lawa dari dulu lagi tau! Hahaha ok sorry perempuan ni memang suka nauuuu nak bagi orang lain impress dengan cara kenalkan idolanya ha. Serius, Keknis lawa. 

Keknis dah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen. Yayyy! Keknis dah kahwin! Haha siap ada 3 episod Walimatulurus Hanis Zalikha & Hairul Azreen lagi ha. Episod 1 pasal diri masing-masing, pasal family dorang dan jugak pasal perkenalan comel dorang masa zaman myspace dulu. Episod 2 diteruskan dengan percutian keluarga Keknis dan Hairul ikut sekali. Sambil cari barang hantaran kahwin dan photoshoot gituu kat Paris untuk kad kahwin. Akhir sekali, episod 3 lebih kepada persiapan akhir dan yayyy akad nikah! Ada jugak diselitkan majlis persandingan. Sampai ke harini aku ulang tonton episod 3 tu hah.

Bukan apa, tiba-tiba terfeeling sekali hahaha. Lagu yang berkumandang sepanjang akad nikah tu hah bikin aku tumpang terharu sekali. Tumpang gembira :) 

Oh lagu apa? Jodoh Berdua, lagu Hafiz Hamidun. 

Dan aku selalu whatsapp Fiza suruh pasang lagu Jodoh Berdua masa nikah dia nanti. Kahkahkah. Nampak tak masih berusaha nak feeling feeling Keknis jugak hehehe. 

Yayyyy Keknis dan Hairul Azreen dah kahwin :*

Bila engkau suka atau kagum dengan someone, misalnya macam aku ni ha kagum dengan tulisan yang sarat dengan positif dan nasihat kakak-kakak kat blog Keknis. Aku sebenarnya memang cepat terpengaruh dan terkesan dengan penulisan. Serius. Sebab tu kot tiap pagi nak gerak pergi kelas, mesti capai sebuah buku atas meja dan baca. Baca sambil tanpa risau tersadung kot. Hahaha. Kalau bosan dalam kelas Pembuatan Keputusan hah, memang aku buka buku akulah. Sambil conteng sikit-sikit.

Lepastuu kan, bila dah nampak apa yang buat kau kagum dengan someone tu kau mesti akan cuba jadi macam dia. Eh bukan bukan, maksud aku bukan cuba jadi dia. Tapi macam dia. Kalau pada mata kau dia tonjolkan sikap positif melalui tulisan hah, macam tu jugak kau cuba jadi. Gembirakan hati orang pun masuk dalam senarai jugak. Misalnya kau belanja kawan makan secara rawak. Ataupunnnn paling simple lah kan, tolong tahan lif tunggu orang selepas kau nak masuk. Pun kira perkara positif secara rawak tauuu. 

Pandang sekeliling. Ada banyak sebab untuk kalian semua gembira. Banyak sebab untuk senyum dan seronok-seronok. Tolak tepi dulu sedih patah hati ke apa. Chill ah. Tapi satu je pesanan aku, kalau keluar lepak dengan kawan-kawan gelak sakan. Seronok apa semua kan, janganlah pulak bila dah balik rumah tunjuk muka ketat. Bad mood tak tentu hala depan family. Ingat tauu gembirakan mak ayah dapat pahala.

Ya, ini perkara positif secara rawak :)


Goodnight :*






Thursday, July 30, 2015

Malam Yang Panjang








Assalamualaikum and hello earthlings :)

Ok aku sendiri yang dah mula rindu nak buat sesi curahan hati kat sini tau! Harini dah nak habis bulan Julai dan bakal masuk bulan Ogos. Yayy bulan kemerdekaan! Tapi baki cuti semester aku pun dah tinggal satu bulan dah ni. Ala kejapnya cuti ni nak sampai ke penghujung. Ya Tuhan, sejak bila perempuan ni acah acah taip skema gila macam ni? Macam biasa melalut tu sebahagian dari mukadimah ayat. Eceh.


Banyak benda aku fikir sekarang. Terlalu banyak. Kalau depan depan, memang muka tenang je. Ya tahu aku tak lawa. Tak lawa tak bermakna takdak aura tenang tau dak. Kahkahkah. Ok kenapa aku merepek jauh sangat ni.


Sekarang aku asyik duk ulang dengar lagu Refrain. Afgan nyanyi lagu ni dalam filem Refrain. Dia lagukan guna piano. Maudy Ayunda pun berlakon jugak dalam filem ni. Cantik kot perempuan tu ha. Aku tak pasti kenapa aku kena ulang dengar banyak kali ni. 


Aku sebenarnya cuba nak garap idea dari pelbagai sudut. Tapi aku tahu, aku gagal. Bukan gagal sangat weh. Benda dah dapat, aku dah genggam dalam tangan. Cuma aku rasa macam benda tu perlahan-lahan jadi debu. Debu yang keluar dari celahan genggaman aku. Dah banyak malam aku tidur dalam risau. Tiap pagi aku buka mata, aku akan duduk bersila pandang dinding bilik. Aku banyak berfikir sekarang. Tiap pagi jugak aku akan fikir macam mana kalau akan ada satu pagi aku bangun dari tidur, benda yang dalam genggaman aku ni dah hilang. Bila tangan yang aku genggam selama ini, aku buka dan POOF! 

Kosong.


Aku risau. Mungkin sebab aku genggam terlalu banyak benda sekarang. Aku rasa aku kena lepaskan apa yang perlu dan pujuk diri sendiri dengan ayat paling klise.


Takpe takpe, kalau ada rezeki akan dapat jugak ye. Selesaikan mana yang utama.


Paling klise, tapi berkesan.  




Friday, July 10, 2015

Lepaskan.






Assalamualaikum and hello earthlings :)

Rasa macam dah lama sangat tak membebel merapu kat sini kan? Tu yang berusaha gila bagitau aku dekat Whatsapp macam kosong je blog tu. Ecewah, ada orang rindu tulisan saya ke apa ni? Haih, terharunya. Hahaha ok, dah dah. Makin lama tinggal blog ni, tuan empunya badan makin kuat merapu.


Malam ni aku saja je nak hidupkan blog ni. Ha engkau, hidupkan. Nak jugak guna perkataan yang acah-acah bombastik macam karangan zaman SPM dulu ha. Ala comel pulak rasa bila taip "zaman SPM" ni ha. Dah 20 tahun weh. 3 tahun sudah berlalu jemah. Tiap pagi sarung baju putih, tudung putih, kain biru muda tu semua dah jadi memori dah. Pastu zaman cari katak belakang rumah sebab esok paginya ada eksperimen Biologi yang syaratnya semua orang bawak dua ekor katak, tapi akhir sekali aku mintak orang lain bawakan. Tu pun dah jadi memori. Sebelum waktu kelas pagi mula, satu kelas khusyuk tengah buat homework yang patutnya disiapkan malam sebelumnya pun diklasifikasikan dalam golongan memori. 


Ya, memori. Kenangan. Benda yang lepas.


Dalam blog ni jugak, pun ada memori. Memori tentang semua orang. Entah, banyak sangat. Aku suka bercerita. Kalau kenal aku in person pun, memang yang jenis banyak cakap. Jenis yang suka cakap laju kalah M16. Jenis yang akan berusaha habiskan ceritanya padahal orang yang mendengarnya dah buat muka nak siap sedia baling enam bakul tembikai ha. Aku jenis tak kesah sangat pun kalau orang taknak dengar aku bercerita, yang penting cerita aku habis. Dan, jenis yang tak akan keluarkan statement "Kan aku dah cerita dah pasal ni 4 abad lepas, lupa eh". Ha nampak tak sebenarnya aku patut bukak tadika je. Ok gurau.


Ok sambung balik.


Sampai mana dah tadi? Ha memori. Ok dalam blog ni aku rasa aku cerita pasal semua benda kot. Ada macam-macam benda aku untaikan dalam bentuk perkataan. Satu satu, aku susun. Ada orang suka letak gambar. Katanya, gambar menceritakan seribu satu kisah. Ecewah. Aku pun suka letak gambar, tapi jaranglah. Aku lagi suka cerita, guna perkataan. Tu yang kat atas tu aku bantai letak gambar bunga. Tu pun aku google je. 


Rasanya semua orang perasan kot blog aku ni macam makin berkurang post. Eh memang berkurang pun. Banyak yang aku delete. Takkan aku nak simpan sampai ke tua kan? Memang tu memori. Kadang ada memori yang patut kau simpan, ada jugak yang tak perlu simpan dah. Lagi lagi untuk ditayangkan pada umum. Ecewah. Rata-rata yang baca blog aku, kawan-kawan aku jugak. Kawan-kawan yang sentiasa update pasal hidup aku. Kawan-kawan yang aku akan cari bila aku rasa aku perlu cerita apa-apa. Eh rasanya aku cari diorang setiap masa je. Kahkahkah.


Macam yang aku bagitahu kat atas tu, ada memori yang tak perlu kau simpan dah. Bukan sebab kau membenci ke apa. Cuma, yelah biarkan ia menjadi memori. Ya, benda yang lepas. Memang aku akui, sayang nak delete post atau memori tu keluar dari blog kesayangan ni. Kesayanganlah weh, dari 2009 aku merapu dekat sini. Ok yang aku nak highlight kan dekat sini, ada post tentang dia. Ya, dia. Manusia yang pernah aku rasa bikin dunia aku bercahaya tanpa perlu guna lampu lip lap lip lap tu ha. Ah malas nak hiperbola lebih-lebih. Senang cakap, aku pernah taip pasal kisah cinta aku. Ala dia dah ada girlfriend lah sekarang. Ha adalah lebih baik untuk aku buang kisah cinta tak jadi aku tu hah. 


Kenapa?


Engkau ni kan, mestilah kena delete weh. Kan aku dah cakap, antara yang selalu jenguk blog ni kawan-kawan aku. Kalau aku biarkan post tu menempel dekat blog ni, dilabelnya aku tak reti-reti nak move on kang. Lepas tu keluar pulak gosip liar yang aku ni manusia yang masih fikir ada harapan dengan lelaki yang sudah terang tang tang ada orang baru dalam hidup dia. Memang tak bagitahu aku depan-depan. Kawan-kawan akan tengok aku macam tu. Macam ada papan tanda atas kepala aku, siap dengan lampu. Meriah engkau jemah! 


Belajar untuk melepaskan ya, sayang. Hah serius ok topik kali ini. Lepaskan apa yang dirasakan baik bagi kau, padahal akan ada yang jauh lagi baik sebab kau bakal dapat yang terbaik. Yang tak akan pernah kau sendiri sangka. Aku pernah pegang kata-kata ni, tetapi ada satu tahap aku dah lupa pegangan hidup aku. Cis, tak tetap pendirian. Kali ni aku dah kutip balik dah pegangan yang pernah terabur dulu hah. Tu yang sekarang boleh acah-acah jadi penasihat cinta kepada kawan-kawan dan girlfriends kesayangan semua. Memanglah nampak muka aku sendu je, tapi aku pendengar yang baik tau. Hehehe. Payung diri sendiri pun boleh ha.


Dari pemerhatian aku, aku rasa ramai je yang bila jatuh cinta pandang pertama dekat seseorang mesti rasa macam happy sangat dan rasa macam rupanya I ni tulang rusuk kiri dia yang hilang. Kahkahkah. Jangan nak cakap omg minah mana yang gila cakap camtu ye. Masa ni jugaklah kau rasa dia yang kau tunggu selama ini, dia yang bakal melengkapkan hidup kau nanti dan dia yang akan ambil kau kat tempat kerja pastu berhujan sebab lupa bawak payung. Macam melebih pulak. Tapi, betulkan?


Dalam pada kau tengah bahagia dan seronok dengan omg dialah jodohku tu, akan ada satu tempoh dan tahap kau rasa macam hilang semua perasaan yang indah belaka tu. Orang cakap, dulu dunia kau bercahaya terang bila pertama kali dia cakap dia cintakan kau. Sekarang, dah malap malap suram. Cahaya yang segan hidup segan mati je. Lepas tu, memang si dia asyik lafazkan cinta tapi kadang setiap kata-kata yang dilafazkan hanya kata-kata semata. Dulu, ada perasaan seronok gila bila dengar "i love you" dari dia. Sekarang, kau atau si dia hanya mampu gelak, janggal sekali. Ugh. Tak sukanya. Kalau kau selalu makan hati sebab si dia asyik perlekehkan atau malukan kau dengan kata-kata dia, ha kemas barang, tarik beg keluar dari hidup dia. 


Sudah-sudahlah nak acah tunjuk dekat si dia apa maknanya cinta. Sudah berkali-kali sakit, masih nak pertahankan mahligai cinta yang pastinya bila-bila masa runtuh. Kawan-kawan kau sendiri dah tak tahu nak geleng kepala macam mana dah. Orang boleh perasan kot. Watlek watpis, macam aku. Kahkahkah! Sekali lagi payung diri sendiri.


Bila kau dah dapatkan kebahagian sebenar yang selama ini kau cari tu ha, barulah kau berusaha call girlfriends kesayangan kau semata-mata nak buat konklusi perhubungan lepas dengan sekarang. Then, kau akan OMG KENAPA TAK PERASAN YANG DIA TAKNAK I YE DULU AH BODOHNYA BODOHNYA TAK MOVE ON AWAL AWAL LOL. Kawan-kawan kau pulak akan gelak-gelak dan cakap HA TULAH DAH LAMA DAH NAK BAGITAU TAPI YOU JE YANG PANDAI NI NAK PERBODOHKAN DIRI SENDIRI MUAHAHAHA. Ok aku yakin ada ayat berlapiknya ha.


Ada je manusia yang hulurkan tangan, tapi engkau tu ha sibuk duk perhatikan hati kau kena lenyek dengan lori sampah. Berkali-kali.Lepaskan. Yakinlah hidup kau akan bertambah baik. Ecewah. 


Goodnight :)

  

Thursday, May 28, 2015

Magis Merosot









Aku punya cita-cita. 
Cita-cita aku adalah untuk bikin kamu jatuh cinta.
Terpaling kecil cita-cita aku pun, mahu bikin kamu sedar akan wujudnya aku.

Kadang aku cemburu dalam diam.
Cemburu akan perhatian manusia lain untuk kamu.
Kamu umpama jantung kepada manusia sekeliling, kamu sungguh menyenangkan.

Kadang juga aku risau dalam diam.
Risau akan degupan jantung kamu.
Degupan jantung yang laju itu kamu tuju untuk siapa ya?

Maaf, terlalu penasaran. 
Hingga luka lama masih muntahkan darah.
Dan aku fikir kamu plasternya.


"Aku menanti namun kau menghilang, tanpa bahasa" 


Friday, May 1, 2015

Mimpi Semalam






Pagi tadi aku terjaga dari mimpi.
Mimpi yang bikin aku tak karuan.
Terus aku capai pen hitam dan buku yang kulit luarnya warna kelabu berkilat.
Aku mahu cerita semuanya. 


Mimpi yang indah sekali. 


Dalam mimpi,
Kau datang jumpa aku. Masa tu aku tengah beratur di barisan paling belakang, nak beli sundae choc di restoran makanan segera kegemaran aku. Kau senyum, aku senyum paling lebar. 


Kita duduk di suatu sudut, kau duduk depan aku.
Aku lupa kita borak soal apa, tapi jelas aku lihat mata kamu penuh dengan sinar bahagia.
Mata redup yang sentiasa tidak pernah pamer sedih dan ranapnya hati.
Kita ketawa, sampai yang lain pandang kita semacam.
Kita borak-borak, sampaikan cerita zaman kecil pun kita selitkan sekali.

Sekali lagi, kau senyum.
Makin lebar aku senyum :) 

Tiba-tiba, manusia disekeliling kita berhenti.
Jarum jam di dinding pun turut berhenti.
Cuma kita berdua sahaja yang masih sibuk dengan cerita kita.
Dunia berhenti untuk kita berdua.

Kau tengok jam di skrin telefon bimbitmu.

Sudah lewat, kau bilang.

Mahu saja aku tahan kamu dari pergi.
Kau pandang aku.

Nanti saya mesej awak, jangan risau ye.
Kata kau sambil senyum.


Terus kau pergi.
Aku sendiri di suatu sudut tadi, bertemankan sundae choc yang belum aku usik.


Ktinggg!

" Hai :) Kita jumpa lagi esok ye! "
                                         // Kau

Tadi pagi,
Dan bila aku terjaga dari tidur,
Laju aku capai telefon bimbit aku.

Tapi,
Peti simpanan mesej aku, kosong.......








Friday, April 17, 2015

Komitmen Jenis Bunuh Jiwa.




Assalamualaikum and hello earthlings !

Ahaaaa sebenarnya aku dah lupa cara dan format nak taip blog macam biasa. Haiyyo ni mesti sebab dah jarang update blog acah acah membebel pastu fikir macam lah ada orang usya blog aku kan. Takpe, aku tak kesah pun haha.


Dulu zaman sekolah punya lah pompuan ni beria nak duduk depan laptop lama lama, perah otak semata nak kongsi apa yang jadi pada haritu dan apa yang pernah jadi dalam hidup selama ni. Geez aku dah 20 tahun weh! Dah banyak benda jadi dalam hidup. Haaa takde ah banyak sangat kalah orang dah umur 50 tahun tu haaa. Acah acah nenek yang pernah hidup zaman Jepun jajah Tanah Melayu pulak ayat dia ni kan. Haaa sorry aku memang dah lupa cara nak taip blog, tapi tahap melencong aku memang sentiasa tak pernah berkurang tahapnya tau dak hahahaha. Ok diam.


Kalau sesiapa yang selalu jenguk blog aku, perasan lah kot aku dah lama tak update apa apa kat sini. Omg ada ke yang jenguk? Tak kelakarnya statement pompuan ni. Tapi serius ah, aku sendiri pun lama tak jenguk blog sendiri. Alaaa aku kan jenis yang suka ingat kenangan zaman muda muda dulu hahaha. Zaman tertubuhnya geng kepala biol tapi masih cuba kekalkan jiwa remaja yang comel tapi tak terlalu menyerlah kecomelannya. Setannya ayat aku. Rasa macam cuba perdajalkan diri sendiri pulak gayanya. 

Bila sebut pasal zaman sekolah, mesti semua yang tengah sambung belajar tak kira ah degree ke master ke matrikulasi ke asasi atau mana manalah, rindu zaman pakai kemeja putih seluar hijau tua tuu pastu kalau yang pengawas rindu zaman kemeja biru pastuu berdiri depan pagar sekolah tiap pagi semata nak 'sambut' budak budak datang sekolah lewat kan. Kalau yang perempuan pulak rindu nak ajak satu rombongan che kiah pergi tandas semata. Belek belek tudung, belek belek bedak kat muka. Bukan apa, kalau terkurang boleh tambahkan. Kadang ada je yang aku selalu usya muka sorang sorang, putih lain macam. Mati niat aku nak melangkah masuk tandas masa tu. Ini serius.

Ok bila sebut pasal sekolah, aku paling rindu deskmate aku. Mula mula masuk 4 Alfa, aku duduk sebelah Syamsusanti Abdul Rashid. Aku rindu nak gi tuisyen Biology dengan Achik jugak. Paling aku ingat, setiap kali nak gi tuisyen pagi pagi kena tunggu Syamsusanti depan rumah dia. Pergh perempuan ni sangat handal belit shawl hanya guna satu pin bila lambat gi kelas. Kagum saya kejap. Tak termasuk kagum aku lagi bila aku rasa dia perempuan cantik yang pernah aku jumpa. Alaaa lek ah, semua orang suka benda dan manusia cantik kot.

Kalau lelaki pun aku definisikan cantik, apatah lagi perempuan kan? 


Tapi bila dah suka dan tertarik dengan benda yang cantik, mesti akan ada rasa suka. 

Suka sangat.


Bila timbul suka ini lah yang bawa kepada perasaan ingin memiliki. Dia bukan cinta lagi tauuu, sebab entah ah. Definisi cinta masih belum aku terokai. Aku rasa takdir cuba biarkan aku rungkai rasa itu nanti. Bukan sekarang, 20 tahun baru hidup. Masih punya banyak benda dan misi belum tercapai. Aku tak faham dengan komitmen, buat apa aku sibuk sibuk nak terjah masuk dunia macam tu awal awal. Aku perlu belajar faham. 



Bercinta, komitmen paling membunuh jiwa. 



Kes jenayah melibatkan mangsa perempuan banyak sangat sekarang. Habis dibunuhnya dengan kejam. Macam kes yang menggemparkan tanah air baru baru ni, kena tikam dengan bekas tunang. Aku cuba hadamkan apa yang aku baca. Entah. Rasa marah, geram menguasai diri. Padahal arwah sudah putus tunang dengan si pembunuh tu. Ah! Mahu bahasakan binatang terlalu kesat. Tapi aku rasa layak dan pantas si pembunuh digelar begitu. Memang aku tidak punya pertalian saudara dengan arwah gadis itu. Tapi dia sama jantina dengan aku. Apa kau mahu aku baca berita itu dengan hati yang kosong? 


Kadang aku pelik dengan manusia sekeliling. Bila bercinta, ada naik dan turunnya. Ada gembira ada berantakannya. Kau bercinta lama lama pun, kalau dah tertulis di Luh Mahfuz nama kau dengan orang lain, takkan kahwin jugak. Memang aku tahu ada yang masih takleh move on bila awek/pakwe dah beralih hati. Laa manusia kan. Kalau kau tak pernah lalui proses patah hati yang terlampau susah gak senanya. Bukan aku nak suruh korang rasa, tapi aku nak bagitau kat sini bila kau dah pernah lalu proses patah hati tu kan, korang akan cepat perasan bila partner korang berubah hati.



B : Hai :) Tengah buat apa tu?

G : Hm hai. Takde buat apa. You?
B : Takde buat apa jugak hehe. You dah makan? Makan apa? Makan dengan siapa? Tak
      ajak I eh? Merajuk lah camni :(


Pi mampus. 



Siapa je nak berusaha jawab soalan macam tu? Aku sendiri rimas bila ditanya soalan macam tu. Bagi aku, setiap proses sebelum naik tahap bercinta ni namanya proses berkawan. BERKAWAN. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan biasa, kawan baik, kawan rapat dan kawan istimewa. 


Kawan biasa ni kawan yang kau kenal melalui kawan kawan kau yang lain atau kau kenal sebab sekelas ke apa. Dia macam kau tahu nama dia, kau pernah borak dengan dia sekali dua. Seterusnya, kawan baik. Ni jenis kawan yang kau tahu nama, borak banyak kali dan pernah lepak sama sama. Keluar makan ke apa. Kau memang selesa dengan dia kalau nak borak pasal isu semasa mahupun isu apa yang jadi dalam kat kuliah ke apa haaa. Part nilah ramai yang salah faham. Bila dia cakap dia selesa, bukan maknanya dia nak kau ada dengan dia sampai bila bila. Dia just selesa yang tak judge orang tu haa. Paham dak?

Then, kawan rapat ni pulak dah sampai tahap kau boleh buat segmen luahan perasaan. I mean, kau selesa nak bagitau rahsia kau. Selesa nak cerita semua benda kat dia. Cerita pasal something yang kau rasa, kau percayakan dia je untuk simpan rahsia korang berdua. Ok akhir sekali, kawan istimewa! Ok jenis ni sama macam kawan rapat jugak. Cuma naik satu tahap je. Kawan istimewa ni kadang kau rasa dah sampai tahap setiap malam tunggu dia whatsapp kau, tunggu dia call kau. Dan sampai tahap kau selalu stalk Instagram, Twitter kot. Padahal kau duk scroll benda yang sama je. Kalau tu gambar dia upload 27 weeks ago pun kau masih nak hadap, memang sah! Kau akan cepat rasa rindu kat dia. Rindu dengan kehadiran dia, rindu dengan bangang dia, rindu gelak dia, senyum dia dan rindu sepasang mata dia. 

Bila dia whatsapp je, laju je kau reply kan? Sebab apa? Sebab dia istimewa di mata kau dan berjaya dapat tempat dalam fikiran dan hati kau. Pergh nama dia tu macam jampi kat mulut kau ye dok? Sebab selalu sebut je nama dia. Kalau borak dengan kawan kawan, nak jugak selit nama dia. Misalnya kawan kau cuba nak cakap yang dia suka makan burger keju pastu kau dengan secara automatiknya mengiyakan statement tu sambil cakap haaa tulah Si Jejaka pun suka makan burger keju katanya macam jatuh cinta bila dapat gigit burger keju. Dan seterusnya kau perasan kawan kau dah buat muka terkedu, kau pun kononnya nak cover terus sambung eh aku paling suka sundae coklat dia, sedap gila weh haaa sambil gelak hambar. LOL. 



Berbalik kepada topik yang aku huraikan tadi, kalau homo sapiens tu dah taknak pandang kau, sudah sudah lah kejarnya. Letih woi! Kalau dah obvious sangat mamat/minah tu macam dah taknak kat kau, mohon angkat kaki dari hidup dia. Bukan apa weh, untuk kebaikan bersama. Kang dia rimas dengan kau, pastu dia pun bagitau kengkawan dia haaaa naya kau. I mean, manusia kot. Golongan mana je yang bila dah rimas nak simpan sensorang kan? 


Kalau lelaki mesti lepak lepak dengan Geng Macho ( sebab suka jalan sebaris pastu suka selak rambut depan) dekat kedai mamak sambil hirup teh tarik. 



Lelaki  2 : Weh kau dengan Gadis 1 macam mana bro?
Lelaki 1 : Entah, aku tak pasti kenapa dia asyik nak aku ada dengan dia je. Aku pun ada kerja                  weh.
Lelaki 3  : Kau ada bagi petanda dak nak tinggalkan dia? Rasanya dah lama kau duk bebel
                 pasal nak angkat kaki dari dunia cinta ni kan.
Lelaki 1 : Aku tak bercinta dengan dia. Aku tak suka ah declaration ni weh. Kawan je sudah 
                 ah.


Dan kalau perempuan mesti akan janji nak berjumpa kat mana mana mall dengan Geng Cantik (sebab suka hilangkan tekanan dekat The Body Shop, Skin Food dan lain lain lagi) sambil borak soal isu semasa. Tapi isu yang seringkali dibahaskan semestinya soal hati dan cinta.


Gadis 2  : Babe, you dengan Lelaki 1 macam mana? Okay tak sekarang? Ke you masih
                 sayang? (capai facial masker Green Tea dari rak di hadapannya)
Gadis 1  : Takdenya sayang babe. I malas ah bila asyik tanya benda sama je. You know what,                  asyik tanya eh you dah makan ke makan apa and bla bla bla. Soalan jenis apa tah
                 tuu. Mestilah dalam satu hari tu I dah sememangnya makan minum. Benda tu kan 
                 keperluan asas manusia. Takyah tanya
                pun takpa, herghhh! ( capai serum Vitamin E dalam botol kaca merah jambu di rak 
                sebelah) Babe! Cuba tengok ni, comel kan? OMG serum ni tak buat kulit rasa 
                sticky lah. Dorang buat promotion kot sekarang. Ruginya kalau tak beli. Hmmm....
Gadis 3 : (titiskan serum Vitamin E kat belakang tangan) Iyee lahh! Tak rasa sticky, 
                bestnya serum ni you. Jap, babe! Pastu bila you plan nak bagitau that guy you dah 
                rimas dengan dia? Dalam bahasa kasarnya, bila you nak bagitau yang you dah 
               taknak kat dia ye?
Gadis 4 : Aah lah babe. Bila nak bagitauuu? I pun rimas tau sebab dia asyik whatsapp I 
                tanya pasal you. I bukannya selalu melepet dengan you (capai travel set Vitamin 
               E)Kena beli ni tauuu! Nanti senang nak bawak gi travel. Penting sangat!
Gadis 1 : I tak suka bila nak cakap hey we need a break tau kat that guy. Nanti mula lah hey 
                kenapa, apa kurangnya I apa yang buat you jadi macam ni. Damngod, soalan jenis 
                apa tu weh.


Lupa nak pesan, Lelaki 1 tak bercinta pun dengan Gadis 1. Risau kalian keliru.


Aku cuba ketengahkan apa yang dua dua pihak fikir bila dah mula rasa annoying. Satu lagi, bila homo sapiens tu dah bagi klu macam kau whatsapp dia, then dah obvious dah jadi blue tick dan tetiba last seen. Hm memang dah boleh angkat kaki dah weh. Kalaupun dia pernah cakap dia suka kau, tu masa tu je. Mungkin kau dah buat benda yang dia tak suka sepanjang tempoh perkenalan korang tu haa. Dalam bahasa lain, tempoh berkawan ye semua. Jangan nak acah menangis bawah bantal bila orang lain bagitau kau yang homo sapiens tu tak cakap apa apa pasal hubungan korang. Toksah duk teriyak lah.

Kalau aku sendiri, aku tak suka bila aku cuba nak hentikan sesuatu relationship tu then mula lah tanya kenapa nak tinggalkan dia apa semua ah. Alaaa masa zaman SPM dulu haaa, aku paling acah hati tabah sebab ego melangit. Patutnya dah lama aku yang cakap kat mamat tu yang aku nak dia terjerut tali leher sebab saja nak mainkan hati orang. Ok gurau. Tapi aku nak jugak tahan berbulan bulan lamanya tunggu dia sendiri yang cakap hey we need a break. Tapi aku jenis yang takkan tanya hey kenapa ni you, I ada buat salah ke apa. Watlek sudah ah. Asam garam kehidupan kot orang datang dan pergi.

Kalau aku yang paling usaha tiba tiba tanya eh kita ni macam mana ye, memang aku sangat maksudkan soalan tu. Maksudnya aku dah jatuh hati betul betul dekat orang tu. Serius aku tak suka bila kena bagi alasan. Kalau desak aku, memang masa tu jugak aku mengamuk. Ada raksasa dalam diri aku, yang aku takkan tunjuk kat orang. Sembunyikan guna topeng senyum je.


Bye gila.


Wednesday, January 28, 2015

Move On, Boleh?






Move on. Aku rasa hampir semua orang dah lalui move on phase ni kan? Termasuklah manusia yang tengah beria menguntai kata ni. Bila difikirkan balik, move on sebenarnya tak lah susah sangat. Move on ni bagi aku, fasa selepas kau dengan partner kau cuba duduk bincang elok-elok sambil lepak makan dekat restoran makanan segera yang dahulunya tempat kegemaran kalian berdua, instead of gaduh kat tepi tasik sambil menangis macam dunia dah kiamat. Bila salah seorang sudah penat hati dan yang paling perit, bila salah seorang sudah mula bosan. 


Tapi serius, move on ni lagi senang kalau kau permudahkan situasi. Kadang-kadang move on jadi susah sebab asyik set hati hanya dia je untuk kau. Terus tutup hati, tutup jalan masuk untuk orang lain. Asyik tipu diri sendiri. Yakin yang dia masih nak kau. Cuba buka hati untuk manusia lain, makin ramai kau kenal nanti. Semua rasa perit, pedih dan luka tu akan hilang. Hapus habis rasa obses kau dan lama-lama runtuh jugak tembok batu hati kau tu dari nak kenal manusia lain.


Kau kena paksa diri kau. Paksa untuk lupakan dia. Kenapa kau kena bertahan sampai luka hati makin banyak, padahal dia sudah tak pandang kau macam dulu lagi? Selalunya bila nak move on ni, orang tu akan datang balik. Datang buat kita rasa celaru. Yang paling celarunya hati. Kau yang pada mulanya sudah berendam air mata setiap malam dan kuat nak luahkan kat dia yang kau nak tamatkan semua ni, tapi bila dia datang balik, haaa haru dibuatnya. Kau kena kuat. Ini benda biasa. Tabik gila kalau kau move on tanpa tunggu dan harapkan dia kembali. Kau tanya aku kenapa? Sebab kalaupun dia kembali, dia mahu rawat luka hati dia. Dan aku mohon sayang, kau bukan boneka dia. 


Bila orang nak move on ni, selalunya akan sibukkan diri. Sibukkan dengan kerja atau buat apa yang kau minat. Misalnya, macam manusia yang tengah beria mengarang ayat ni. Aku taip berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Sekarang aku mula faham macam mana konsep move on ni. Memang kau sibuk dengan kerja tapi bila ada masa terluang sikit, mula lah fikiran kau melayang. Lepas tu imej dia akan perlahan-lahan muncul di skrin mata kau. Sudah-sudahlah bagi harapan palsu untuk diri sendiri. Kesiankan hati tu, penat. 


 Ah! Kau mana paham. Kau bukan aku. Kau tak tahu hati aku sakit macam mana!
Senanglah cakap. Nak buatnya susah!


Ya, aku tahu. Tapi kau tak pernah cuba, memanglah susah. Kau pengecut. Kau tak berani nak cuba. Kau tipu hati kau, kau bodohkan diri sendiri, kau bazirkan waktu, kau korbankan jiwa kau sendiri dan kau juga sanggup biarkan empangan mata kau pecah setiap malam. Apabenda ni? 


Makin lama kau tunggu benda tidak pasti ni, lagi sakit bila tahu kebenarannya. Kau nak tunggu dia confess apa lagi? Kau dah bagi dia banyak peluang dah. Tetap dia keroyokkan peluang kau tu. Kau masih harap apa lagi? Harap dia datang dengan hati yang satu untuk kau, tapi percayalah semuanya takkan pernah sama lagi dah. Move on....