Wednesday, January 28, 2015

Move On, Boleh?






Move on. Aku rasa hampir semua orang dah lalui move on phase ni kan? Termasuklah manusia yang tengah beria menguntai kata ni. Bila difikirkan balik, move on sebenarnya tak lah susah sangat. Move on ni bagi aku, fasa selepas kau dengan partner kau cuba duduk bincang elok-elok sambil lepak makan dekat restoran makanan segera yang dahulunya tempat kegemaran kalian berdua, instead of gaduh kat tepi tasik sambil menangis macam dunia dah kiamat. Bila salah seorang sudah penat hati dan yang paling perit, bila salah seorang sudah mula bosan. 


Tapi serius, move on ni lagi senang kalau kau permudahkan situasi. Kadang-kadang move on jadi susah sebab asyik set hati hanya dia je untuk kau. Terus tutup hati, tutup jalan masuk untuk orang lain. Asyik tipu diri sendiri. Yakin yang dia masih nak kau. Cuba buka hati untuk manusia lain, makin ramai kau kenal nanti. Semua rasa perit, pedih dan luka tu akan hilang. Hapus habis rasa obses kau dan lama-lama runtuh jugak tembok batu hati kau tu dari nak kenal manusia lain.


Kau kena paksa diri kau. Paksa untuk lupakan dia. Kenapa kau kena bertahan sampai luka hati makin banyak, padahal dia sudah tak pandang kau macam dulu lagi? Selalunya bila nak move on ni, orang tu akan datang balik. Datang buat kita rasa celaru. Yang paling celarunya hati. Kau yang pada mulanya sudah berendam air mata setiap malam dan kuat nak luahkan kat dia yang kau nak tamatkan semua ni, tapi bila dia datang balik, haaa haru dibuatnya. Kau kena kuat. Ini benda biasa. Tabik gila kalau kau move on tanpa tunggu dan harapkan dia kembali. Kau tanya aku kenapa? Sebab kalaupun dia kembali, dia mahu rawat luka hati dia. Dan aku mohon sayang, kau bukan boneka dia. 


Bila orang nak move on ni, selalunya akan sibukkan diri. Sibukkan dengan kerja atau buat apa yang kau minat. Misalnya, macam manusia yang tengah beria mengarang ayat ni. Aku taip berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Sekarang aku mula faham macam mana konsep move on ni. Memang kau sibuk dengan kerja tapi bila ada masa terluang sikit, mula lah fikiran kau melayang. Lepas tu imej dia akan perlahan-lahan muncul di skrin mata kau. Sudah-sudahlah bagi harapan palsu untuk diri sendiri. Kesiankan hati tu, penat. 


 Ah! Kau mana paham. Kau bukan aku. Kau tak tahu hati aku sakit macam mana!
Senanglah cakap. Nak buatnya susah!


Ya, aku tahu. Tapi kau tak pernah cuba, memanglah susah. Kau pengecut. Kau tak berani nak cuba. Kau tipu hati kau, kau bodohkan diri sendiri, kau bazirkan waktu, kau korbankan jiwa kau sendiri dan kau juga sanggup biarkan empangan mata kau pecah setiap malam. Apabenda ni? 


Makin lama kau tunggu benda tidak pasti ni, lagi sakit bila tahu kebenarannya. Kau nak tunggu dia confess apa lagi? Kau dah bagi dia banyak peluang dah. Tetap dia keroyokkan peluang kau tu. Kau masih harap apa lagi? Harap dia datang dengan hati yang satu untuk kau, tapi percayalah semuanya takkan pernah sama lagi dah. Move on....