Assalamualaikum and hello earthlings!
Ok disebabkan aku bakal tergolong dalam golongan manusia depresi, aku cuba hilangkan dengan cara menaip kat sini. Yeahhh! Nampak gayanya aku akan lebih banyak lepak kat sini. Berita gembira kot ni aku bakal bagi blog ni hidup. Muahahaha seronok pulak. Tiba-tiba sangat.
Seperti yang semua orang sedia tahu, aku minat gila Afgan. Ya, mamat Indonesia yang pakai cermin mata tu ha. Suara dia padu weh. Aku sanggup kot beli fragran kegemaran dia. Mahal weh! Tapi berusaha nak wujudkan Afgan ada di sisi tiap kali aku sembur ke denyut nadi di pergelangan tangan ni ha. Kahkahkah. Lepastu, paling berusaha nak dapatkan album Afgan. Sanggup naik KTM sorang-sorang pergi Midvalley, nak dapatkan album Afgan semata. Eleh dia ni. Selama ni selalu jugak keluar sorang-sorang. Watlek watpis je.
Ok ramai yang tanya aku dah berpunya ke belum. Kahkahkah. Soalan ni bila diajukan pada aku yang berumur 22 tahun ni memang aku gelak lah kot. Hish simpanlah soalan 5 tahun lagi ha. Masa tu tak payah tanya dah berpunya ke belum, terus tanya bila nak kahwin. Cis. Patut guna pakai bila engkau lepak kat dapur dengan makcik-makcik sambil kupas bawang untuk kenduri kahwin sepupu.
Sebenarnya rindu nak menulis. Bukan menulis yang karangan atau esei tu. Menulis macam dulu, walaupun tak sempat print zine kolaborasi di atas sebab-sebab tertentu. Salah satunya ialah, semua benda yang aku tulis untuk projek kolaborasi dengan Bangjul hilang dek aktiviti format laptop tahun lepas. So, dah mula rindu nak join lepak sambil jual buku dan zine di bawah khemah putih ala ala khemah kenduri kahwin gitu. Walaupun sekali je, tapi pengalaman naik KTM sorang-sorang ke Shah Alam tu sangat berharga beb. Selalunya aku yang tak berusaha tu. Kalau jauh, selalu buat-buat busy acah macam terlibat dengan banyak program. Masa belajar architecture dulu, selalu bagi alasan ada submission. Kahkahkah. Alasan kemain lagi, tapi tiap kali aku design apa-apa, kelautttttttt.
Harini hari jumaat. Hari terakhir kelas untuk minggu 4. Huishhh seksa beb tiap hari khamis dengan jumaat. Ada amali belah petang, haruuuu. Khamis ada amali psikologi perkembangan kanak-kanak & remaja. Amboi sangat kan nama subjek teras sem ni haha. Sepatutnya ambil subjek ni dulu baru psikologi perkembangan dewasa & penuaan. Tapi tulah, nanti takdak geng :( Amali kanak-kanak ni haruslah kanak-kanak dari taska UPM yang dikenali sebagai FACE terlibat. Aku dengan partner, Syahirah dapat sorang budak lelaki. Danish nama dia. Muka Matluthfi sikit. Anak bongsu lecturer ekonomi dan keluarga hah. Lol tahu pun lepas mintak borang maklumat dengan cikgu taska tu. Boleh tahan jugaklah budak-budak taska tu. Ada yang pendiam, ada yang suka pukul orang walaupun orang tu senyum je dekat dia kahkahkah. Aku kena cucuk dengan pen ok dekat muka. Nasib baik anak kecil. Kalau sama umur ni, huihhh silap besar engkau cucuk mata sis dik.
Hari jumaat petang pulak ada amali pemakanan, kesihatan dan persekitaran dengan Dr Sam. Pening jugaklah nak buat amali sebab banyak kira-kira. Aku dengan kalkulator
berjodoh lagi sem ni. Harap hubungan kami baik-baik saja. Doakan kami ok gaissss ❤
p/s : suka gila lagu afgan - ku dengannya kau dengan dia.