Tuesday, January 1, 2013

Friendship Is About Who Came And Never Left Your Side♥






Assalamualaikum and hello earthlings :)
Hm actually aku nak cerita pasal Eya.Teringat dekat dia actually.Haha lama gila tak jumpa.Haritu,I mean dua tahun lepas ada terserempak dekat KBMall.Masa tu bulan puasa.Haaa yelah,masa tu tengah bertungkus-lumus pergi masuk mall tu mall ni semata-mata nak buat persediaan sebelum Raya.Masa ni aku tengah blurr gila.Yeah you know,aku rimas gila bila ada cermin mata yang singgah di mata aku.Seriously.Kadang-kadang rasa macam nak cungkil mata ni keluar je.Tapi sebagai hamba Allah,aku bersyukur dengan nikmat kurniaanNya yang telah aku ragut kesempurnaannya.Cehh statement bajet ayat drama you ahaks.Hm masa darjah 6 aku suka tengok orang pakai cermin mata ni.Bila nampak orang pakai cermin mata,eh nampak cool ah,getus hatiku.Aku pun minta bantuan Uncle Google tentang sebab yang memerlukan mata ni menggunakan alat sokongan apa semua tu kan.Hm mata aku menangkap sebaris ayat ni ;


Menonton televisyen dengan jarak yang sangat dekat.

Tinggg!Tiba-tiba aku ada idea yang sangat awesome.Kalau nak ikutkan apa yang aku congak selama ni,nanti aku tua baru boleh pakai cermin mata tu.Alaaaa I kan budak lagi masa ni.K sekarang pun budak lagi.Kot haha.K sambung.Oleh itu,aku dengan sukarelanya tengok tv dengan jarak yang sangat dekat.Yeah yang memang disengajakan actually.Masa ni mak aku dah naik hairan dengan aku.Sampailah satu hari ni,aku macam eh eh kenapa tak nampak benda jauh ni.Aku cuba kecilkan mata aku,fokus benda tu.Haaa baru nampak! Masa ni bahagia gila kot sebab ada tanda-tanda nak rabun kan haha.Gila abadi aku ni.


Setelah 6 tahun berlalu,barulah aku sedari aku berjaya menyusahkan diri sendiri.Cehh buat benda tak fikir akibat jadi macam nilah.Kepada semua yang berada di alam nyata,sila fikir sampai hangit sebelum anda melakukan sesuatu perkara.Jangan nak ikutkan kepala korang je k.Kenapa aku terasa ni?Dah sah aku ni layak hantuk kepala guna kuali.Serius.


Eh eh aku rasa aku nak cerita pasal Eya kan?Kenapa aku cerita sejarah aku dengan cermin mata ni?Haihhh New year's mood lah katakan haha.



*      *      *      *      *    *      *







 Haaaa nilah Eya,Alya Adawiyah Abdullah Zawawi :) Hm aku nak cerita macam mana ye.Okay,bismillahhirrahmanirrahim.Ehem ehem.


Aku kenal dia masa Form 1 lagi.Yeah dekat mana lagi kalau bukan SMKA Naim Lilbanat kan.Dia ni tak suka senyum sangat bila kita tak tegur dia or something kan.Masa Form 1 dulu aku ni boleh tahan sengal lah sebab tegur semua orang,sampaikan ada yang macam angkat angkat kening kenapa dengan dia ni weh,tak cukup Magnesium ke.Tapi semua bidasan itu tidak mematahkan semangat aku untuk aktif menegur semua orang haha.Masa awal tahun tu aku tak berani nak tegur dia.Kenapa?Dia lawa gila doe.Aku rasa macam haihh takkan nak tegur,mesti tak layan ni.Okay kenapa aku bebel macam aku ni seorang lelaki yang malu-malu kucing bila nak usya perempuan.Damngod -,-"


Okay dah.Jangan dilayan gila aku tu,tak pasal-pasal korang kena jadi jiran aku dekat Hospital Bahagia kang.Eh okay jugak actually,takde lah bosan sangat nak menggila sorang-sorang dekat sana kan kan kan :3

*Panggggg!*


*gosok pipi* Sakit rupanya ditampar.Haaa dah dah -,-"


K sambung.Aku pun dengan selamba kayu plus sengal terus menegur dia.Seingat-ingat aku lah kan,aku tegur ;


Eh ore comey tuh.

Nampak kan permainan dia?Haha macam takde ayat lain nak tegur orang.Tapi aku tetap macho*gosok hidung* Lepas tu dia dah start tegur aku jugak.Tapi takde lah sampai nak duduk sembang apa semua kan.Aku tegur masa dia lalu kelas aku je pun.K tak dramatik langsung haha.


Masa Form 2 ni aku dah macam yeah boleh masuk dah dengan dia.Korea punya pasal -,-" Dah takde dah dialog biasa,something macam ;


Eh comey la awok harini.


Hoh jupo pulok nga ore comey.


Bosan kan dialog aku?Sopan gila kot ber-saya-awak segala haha.Seriously,aku awkward gila bila kena guna saya-awak bila cakap dengan orang.Macam ahhh sopan sungguh aku ni haha.Masa Form 2 ni aku dengan Eya macam rapat lah.Tapi takde lah sampai nak cerita pasal siapa dalam hati masing-masing kan.14 tahun kot masa ni.Mana sempat nak fikir pasal hati weh.Selepas malam yang sangat emosi tu,aku start rapat dengan Eya.Kalau dia ajak pergi outing pun aku ikut je.Masa ni dah start cakap banyak dengan dia.Aku banyak share pasal apa yang menyerabutkan kepala aku masa tu.Lega gila weh.


Akhir tahun Form 2 aku,Eya dengan Insyie buat plan nak outing dekat Billion.Masa ni hujan lebat gila doh -,-" Ahhh kesah mende aku.Redah je! Haha rela youu ;3 Yeah banyak gila benda yang terjadi masa ni.Selipar putus,makan icecream tapi sudu patah haha.Seriously masa ni baru aku faham erti kawan.


Form 3.Haha bagi aku,tahun ni memang gila lah.Tahun ni aku kenal Dickinson.Tahun ni jugak aku jauhkan jarak aku dengan Dickinson sebab err biarlah.Lawak actually sebab dia haha.Tahun ni aku belajar nak faham perasaan orang lain.Tahun ni aku belajar nak jadi lebih matang tapi gagal.Yelah Emmy cakap aku tetap sama.Tak pernah berubah.Childish katanya -,-" K sedih.Tahun ni jugak aku banyak share cerita dengan Eya.Yeah masa ni lah aku belajar nak bagi orang nasihat pasal hati.Lawak actually.Yelah aku punya relationship pun entah ke mana ada hati nak nasihat orang.K aku reda.


Hm Eya.Dia sangat sensitif bila ada orang meninggikan suara dengan dia.Dia akan terus menangis.K fine.Aku latew.Sorry mek.Aku tak sengaja.Hati tengah panas.Fikir pasal orang tu dengan his err hmm.Entah lah.Malas aku fikir.Tapi fikir jugak actually.Sungguh aku tak mengerti dengan hati aku sekarang.Serius.Masih terganggu dengan mesej dalam IM dia.Fatehah,abaikan abaikan -,-"


Eya ni suka makan.Makan banyak gila doh.Tapi yang aku hairan,makan banyak gila tapi kena gastrik jugak.Perut apakah yang dia punya ni?Aneh.Aku paling suka bila gastrik dia datang menyerang.Kenapa?Eya mesti pergi clinic kalau dia sakit.So,aku pun buat muka bajet caring nak ikut dia pergi sana.Haha bosan duduk dekat asrama actually.Sebab tu sanggup pergi haha.Bila dah sampai sana,haaa amik kau.Lagi bosan -,-" Masa ni baru nak terbit penyesalan yang teramat tu.


Aku kenal Eya ni takde lah sampai sepuluh tahun kan.Tapi aku rasa macam kenal dia lama gila dah.Yelah dah macam serasi doh bila cakap pasal benda tu benda ni.Bila dia menangis memang buruk gila ah.Aku tak sanggup nak tengok.Cehh padahal bimbang hilang macho sebab nangis jugak kan.See?Aku bukan kawan yang baik weh.Aku just dapat gelak sampai tersedak dengan kau je.Nangis?Tak kan.Kejam kan aku haihh.Bagi aku lah kan,dia menangis selama mana pun aku tabik ah dengan dia.At least dengan cara tu je kan dia dapat lepaskan semua benda yang dia pendam dalam hati.Aku tahu dia kuat.Tabah gila doh.Dia tunggu someone tu lama gila.Even someone tu macam acuh tak acuh je kan dengan dia.Tapi Eya tetap tunggu tanpa sebarang keraguan.Awesome gila dia ni.Masih hold on.



Dear Eya,

Hm sabar k.Ingat hok aku oyak haritu,everything happens for a reason :) Tak semua benda buruk kan?Sabar jelah.Aku tahu mg kuat.Aku tahu mg buleh hadapi semua ni.Mg jange bimbe.Mg bukei sorey jah.Mg ado Emmy,Mekda,Petom,Mekya Ja,Mekya El,Paten,Pashiey,Insyie and mg ado aku.Percayalah kitorang ni ado kat belakang mg.Mg jatuh sep aku sambut mg.Mg kena ingat,sep aku saye mg tahu dok.Yeah susah senang sekali weh.Mg happy sep aku happy.Sep aku tksei tengok mg tarik muka sebab sedih ke apa k.Eh kalu ado gegapo hok mg nok maroh/sedih ke apa en,cerita jah ko sep nih.K senei hidup ;3 Jange pendam.Nati sakit weh*cehh pandai lah kau* Tapi kei,kalu someone tu wat mg sedih ke apa kei, ejah oyak katku deh.Nati aku gi gocoh dio.Apa ni buat kawan aku sedih bagai.Cehh bajet gangster lah sangat kan haha.K senyum sokmo lah deh Pilihan mg,pilihan terbaik bagi kitorang jugak.Aku tahu mg takkei move on Eya.Banyak gila hok sep mg lalui kei.Aku tahu mg buleh hadapi.Go Eya Go! Bakpo lah aku nih macei terencat akal pulok nih haha.K abaikan.Bye makcik :*