Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Makin aku hadam, makin aku selami lirik lagu Kau Sahabat Kau Teman --- Hijjaz ni, makin jelas memori yang terselit di kotak memori aku. Aku tenggelam dalam menghayati bait-bait yang dinyanyikan oleh Hijjaz. Perasaan sebak kuasai aku. Tapi aku mampu tahan. Aku tahu aku kuat.
Masa ni kira macam first time kita borak kan? Padahal tiga semester dah pernah bertembung dekat Komplek Akademik E, UPM. Sebab sama-sama belajar asasi dekat situ. Usainya asasi, kita lepak sama-sama dekat KB Mall. Mula-mula tu awkward sebab tak pernah borak. Bila dah borak haaaa amik kau, semua benda nak cerita. Banyak sangat benda nak diceritakan dan banyak benda nak dikongsi. Lagi-lagi masa asasi sebab roomate aku satu kuliah asasi dengan dia. Haih. Memori betul.
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Masih dia yang kitorang ajak lepak sama-sama. Dua minggu sebelum masing-masing sambung belajar balik, kitorang sempat berkelah sama-sama. Masa ni semua excited sebab makanan pun banyak pastu dapat main pantai. Huish kitorang semua macam kanak-kanak ribena kot. Hahaha. Budak kecik kat situ pun segan nak excited sebab kitorang lagi excited. Lol. Ni gambar terakhir kitorang ramai-ramai dengan senyum paling lebar. Makin aku tatap gambar ni, makin aku rasa sebak. Rasa macam semalam je lepak sama-sama macam ni. Gelak gelak tanpa ada rasa gusar.
Takpa. aku kuat. Aku cuba bisik ke hati aku. Dalam diam aku cuba tahan segala rasa.
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Pagi tu telefon bimbit aku vibrate di sisi katil. Laju aku bukak notifikasi whatsapp yang jarang sekali mesejnya lebih dari 7 orang yang berbeza. Mulanya aku fikir aku silap baca. Tim iyakan dan ulang baca sekali apa mesej yang dia dapat dari group whatsapp kuliah asasi dia. Masa ni aku speechless. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku terkejut. Dan aku hanya mampu diam. Aku call Najwa. Aku terlalu inginkan kepastian. Dan yeah, dia belum tahu lagi. Ini makin bikin aku tak karuan. Serba salah tapi harus disampaikan. Kami sama-sama terdiam. Hadam, hadam dan hadam. Di hujung talian, aku dengar Najwa tahan sebak.
Beberapa jam selepas terima berita sebegitu rupa, aku masih terdiam. Aku cuba ketawa dengan lawak dari rakan-rakan soal terpijak kasut di padang. Tapi rupanya aku hanya berlakon cuma aku tidak sedar. Aku online FB dan aku scroll segala berita yang lalu di newsfeed aku. Satu per satu aku baca post mengenai dia. Ya, dia. Masuk post ketiga, aku mulai sebak. Dan aku tewas. Aku tidak tahu kenapa. Aku cengeng sebab dia kawan paling baik dan paling elok pekertinya. Semua yang baik-baik ada pada dia. Aku harap dia baik-baik saja di sana. Terima kasih pinjamkan dia kepada kami, walau cuma seketika. Terima kasih. Terima kasih,,,,
Al-fatihah.
Moga kamu tenang di sana, Izzat Muzakkir.