Thursday, May 28, 2015

Magis Merosot









Aku punya cita-cita. 
Cita-cita aku adalah untuk bikin kamu jatuh cinta.
Terpaling kecil cita-cita aku pun, mahu bikin kamu sedar akan wujudnya aku.

Kadang aku cemburu dalam diam.
Cemburu akan perhatian manusia lain untuk kamu.
Kamu umpama jantung kepada manusia sekeliling, kamu sungguh menyenangkan.

Kadang juga aku risau dalam diam.
Risau akan degupan jantung kamu.
Degupan jantung yang laju itu kamu tuju untuk siapa ya?

Maaf, terlalu penasaran. 
Hingga luka lama masih muntahkan darah.
Dan aku fikir kamu plasternya.


"Aku menanti namun kau menghilang, tanpa bahasa" 


Friday, May 1, 2015

Mimpi Semalam






Pagi tadi aku terjaga dari mimpi.
Mimpi yang bikin aku tak karuan.
Terus aku capai pen hitam dan buku yang kulit luarnya warna kelabu berkilat.
Aku mahu cerita semuanya. 


Mimpi yang indah sekali. 


Dalam mimpi,
Kau datang jumpa aku. Masa tu aku tengah beratur di barisan paling belakang, nak beli sundae choc di restoran makanan segera kegemaran aku. Kau senyum, aku senyum paling lebar. 


Kita duduk di suatu sudut, kau duduk depan aku.
Aku lupa kita borak soal apa, tapi jelas aku lihat mata kamu penuh dengan sinar bahagia.
Mata redup yang sentiasa tidak pernah pamer sedih dan ranapnya hati.
Kita ketawa, sampai yang lain pandang kita semacam.
Kita borak-borak, sampaikan cerita zaman kecil pun kita selitkan sekali.

Sekali lagi, kau senyum.
Makin lebar aku senyum :) 

Tiba-tiba, manusia disekeliling kita berhenti.
Jarum jam di dinding pun turut berhenti.
Cuma kita berdua sahaja yang masih sibuk dengan cerita kita.
Dunia berhenti untuk kita berdua.

Kau tengok jam di skrin telefon bimbitmu.

Sudah lewat, kau bilang.

Mahu saja aku tahan kamu dari pergi.
Kau pandang aku.

Nanti saya mesej awak, jangan risau ye.
Kata kau sambil senyum.


Terus kau pergi.
Aku sendiri di suatu sudut tadi, bertemankan sundae choc yang belum aku usik.


Ktinggg!

" Hai :) Kita jumpa lagi esok ye! "
                                         // Kau

Tadi pagi,
Dan bila aku terjaga dari tidur,
Laju aku capai telefon bimbit aku.

Tapi,
Peti simpanan mesej aku, kosong.......