Tuesday, December 18, 2012

High School Friends Are Forever♥







Assalamualaikum and hello earthlings ;)
Okay macam awesome kan letak 's' dekat belakang earthling tu.Macam lah ramai sangat yang jenguk blog buruk ni kan haha.Eh macam merendah dirikan statement saya sebentar tadi?*lari keluar bilik sambil tutup muka* And yes aku akan bagi keizinan kepada korang semua sekiranya hati anda memberontak ingin menghayunkan penyapu ke arah muka aku sekarang.Serius haha.Okay mukaddimah yang sangat pendek dan tak pernah padat dengan pengisian rohani.Cehh statement guwa sangat ngeng.K fullstop.



Hm haritu Bazilah ada merayu dekat aku suruh aku cerita pasal life aku masa Form 5 haha.Damngod,Form 5.Seriously aku cakap,sangat sangat tak best okay.Terlalu banyak buah durian di pertengahan jalan.Perlu ke durian menjadi mangsa keadaan -,-" Okay harap-harap aku tak kena baling durian dengan orang sudah.K sambung.Maksud aku,tahun ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk aku hadapi.Cuba korang bayangkan dalam sehari tu kan mesti banyak benda yang buat aku menangis sampai lebam mata.Pernah sekali tuh Bazilah tegur aku ;
Eh kenapa dengan mata kau tu?Err kau nangis eh semalam.
Aku hanya senyum dan berlalu tanpa kata.Tu jelah yang aku mampu buat bila orang tegur pasal kelebaman mata aku.Haa amik kau kelebaman haha.Teruk sangat rupanya Bahasa Melayu aku ni.Memang lah pagi-pagi tu aku bajet senyap tak cakap dengan siapa-siapa.Tak gelak langsung bila cikgu buat lawak dekat depan.Tak terbentuk langsung muka geli hati dengan lawak cikgu dekat depan.Kalau cikgu perasan mesti kecik hati gila dengan aku.Tapi aku terpaksa.Hanya Allah je tahu apa yang tersembunyi dalam hati aku masa tu.Sampaikan masa rehat tu,Pina Santi Kiera Baini ajak aku pergi kantin aku buat muka mintak penampar je.Eleh kejap je pun aku buat muka annoying tu.Lepas rehat tu memang cakap banyak gila.Cakap macam DJ radio kot.Padahal dalam hati masih rapuh.Tak sekuat di luar badan aku.Tapi aku buat tak tahu je.Sentiasa bagi motivasi dalam hati haha.Terasa macam bagus je kan aku nih haha.Okay padahal memang tak pernah bagus pun.Haaa sedihnya -,-"


Ingat senang ke nak harungi benda yang sangat pahit untuk ditelan ni.Hari-hari membazir air mata sebab benda yang yeah tu.Seriously aku tak kuat langsung nak tahan semua tu.Masa tu memang putus asa kot.Memang masa tu fikiran aku jadi negatif.And yes hari-hari berkurung dalam bilik.Buat apa?Menangis.Tulah kerja aku bila ada masalah yang menerjah.Aku pendam sorang-sorang.Last-last tu aku cerita jugak dekat kawan-kawan aku.Percayalah masa ni aku rasa aku dapat sedut oxygen dengan lancar okay haha.






Kadang-kadang aku terfikir jugak buat apa sedih bagai nak rak bila ada kawan-kawan di sisi kan?Aku teringat masa Percubaan SPM haritu,subjek Tasawwur Islam.Lepas kertas satu tu aku agak down gila sebab tak tahu lah.Tiba-tiba rasa tak sedap hati.K patut pun.Semua orang,err lapan orang je pun yang ambil Tasawwur Islam -,-" Okay sambung.Masa ni aku dapat tahu markah kertas satu aku tak macam yang aku jangka doe.Okay masa ni sebak gila bila Achik Faiz Santi Pina Asma Baini Shukran tengah happy sebab diorang dapat markah yang diorang jangka gituh.Aku watlek watpis je dulu.Then beransur-ansur buka buku.Bajet nak baca untuk kertas dua lah pulak kan.Masa tu Achik Faiz Shukran pergi dekat meja aku.Diorang masih berbicara pasal kertas satu tu.Aku ni dah macam err okay fatehah,sabar sabar.Baini dengan Santi pun duduk sebelah aku.And yes diorang pun cakap pasal kertas satu jugak.Akhirnya aku tunduk.Mata aku panas.Air mata jatuh atas buku aku.Guwa pun tak tahu apasal benteng macho guwa retak masa tu haha.Ngeng je weh.Semua macam haaa mampus nak buat apa ni weh.Diorang pujuk aku.Masa ni aku angkat muka.Achik tarik hujung tudung aku.Dia cakap;
Basah gila buku tu.Buruk doh nangis

Okay masa ni aku gelak.Bukan aku sorang.Semua orang gelak.Faiz je kot buat muka hairan.Mesti Faiz ingat aku gila kan haha.Yeah masa ni aku sedar bila kau sedih mesti kawan-kawan kau akan buat kau gelak dengan cara apa pun.Serius.






Achik sangat suka tarik tudung aku bila aku kacau dia tengah buat homework.Yeah dua je kot homework yang jadi pilihan budak 5 Alfa bila sampai sekolah pagi-pagi.Physics and Maths.Memang gila weh kalau tak siap homework dua subjek tuh.Tempah maut.Tapi aku tak takut sangat bila tak siap Maths.Watlek watpis je kot haha.Aku takut subjek Biology weh.Aku pernah kena ketuk ketampi dekat depan sebab nota tak lengkap.Lengkap actually.Cikgu tersalah pandang.Sedihnya haiihhh.Okay sambung.Shukran sangat tak suka bila orang kacau dia buat kerja.Dia akan bagi jelingan maut kayh.Memang aku tak berani langsung nak kacau dia dah.Tapi bila korang dengar cara dia menghuraikan sesuatu benda memang ahhh lah haha.Real kot bila dia cerita apa-apa.Haritu dia cerita hantu dekat kitorang,masa ni memang cuak gila dengar cerita dia.Masa nak sampai ending tuh aku gelak.Dia macam weh weh jangan lah gelak.I know you dah dengar cerita ni.Tiba-tiba suasana seram yang menyelubungi terbantut doe.Haha kesian dekat Shukran.Terus aku blah sebelum Shukran marah.Dia sambung cerita tu,and yes semua orang gelak.Kan aku dah cakap cerita tu tak seram.Semua macam gila tak seram.Bulu roma aku berdiri dah ni.Aku gelak sampai terlanggar meja.K ni sakit gila.






Faiz.Haha dia sangat suka menari.Serius.Aku tabik spring dekat dia sebab berani menonjolkan bakat yang terpendam tu depan semua orang haha.Hm kalau menyanyi tu memang aktiviti dia dah tu.Tapi lirik memang terabur.Sorry Faiz :) Tapi awok tetap gewe sayo deh haha.Hm Pina ni dah macam bodyguard aku kot haha.Kenapa?Yelah kalau nak pergi kelas malam,memang sah-sah lah aku mesej dia pukul 7 p.m. lagi.Bukan apa weh,aku kan rabun.So,aku amat memerlukan bantuan orang lain masa on the way nak masuk kelas tu haha.Macam buta kekal je kan aku nih -,-" Seriously Pina ni seorang yang sangat jiwang k.Tell you what,aku sangat tak suka bila dia buka phone semata-mata nak dengar lagu jiwang yang memang menyentuh qalbu ah.Aku mana suka dengar lagu cenggitu.Rimas k.Sama je dengan Kiera.Suka gila dengar lagu-lagu jiwang yang memang dah legend tuh.Something yang buat aku tabik dengan Kiera kan,bila dia bagi nasihat based on pengalaman dia sendiri.Damngod,aku tak percaya jugak actually bila dia cakap ;
Teah,mung gapo sangat duk nunggu baru 9 bulan lebih.Aku ni nak amik masa dua tahun kot nak lupakan orang tuh.

Masa ni memang aku kagum gila dah dengan dia.Dalam kasar-kasar dia pun,dalam hati memang ada taman bunga.Okay Baini.Dia ni tahu aku suka stay up sampai pukul 4 a.m. kan,masa tulah dia mesej dekat aku suruh gerak dia pukul 2 a.m lah apakan.Tapi dia tak pernah bangun pun.Sedihnya.Pagi esok masa dekat sekolah mula latew nak bebel pasal tak siap kerja ni kerja tu kan haihh.Eh aku ingat lagi malam tu,masa tu Trial and keesokan tu Physics.Masa ni aku dah kalut gila cari kertas eksperimen.Hilang weh!Memang gila weh kalau aku dapat KOSONG lagi.Guwa dah insaf weh T.T Malam tu aku call Baini.Kitorang bincang sama-sama.Alhamdulillah nasib baik ada Baini :') Kertas tiga dapat tinggi.Tapi masalah dekat kertas dua sebab jawab Electric.Okay ni tak awesome bila kena marah dengan Cikgu Nora sampai SPM kayh.Kesian aku tsk tsk tsk.Tapi memang betul lah kan.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Yelah sampai sekarang Cikgu Nora call aku cakap pasal SPM haritu.Err Physics jelah kan.Cikgu ingat aku weh.Terharunya :')




Okay cerita pasal Santi.Dia ni deskmate aku since Form 4 lagi.Tapi masa Form 5 kitorang selesa tukar-tukar tempat dengan orang lain haha.Kejap-kejap aku duduk sebelah Kiera.Santi sebelah Baini.Esok tu Santi duduk belakang,Dayah duduk sebelah aku.Memang tak betul dah kot kitorang nih haha.Banyak gila doh kitorang kongsi cerita.Tapi Santi ni tak pandai nak tipu orang.Yelah weh.Kalau dia ada tahu something,and pada masa yang sama aku tengah cerita pasal something yang dia tahu tu,mesti dia termenung jauh.Aku dah macam err okay nampak sangat kau tak boleh sorok ekspresi muka kau tuh -,-" Haha lucu gila k.Haaa Faten ni sangat sensitif bila aku cerita something yang touching touching nih.Mula lah nak tutup mulut dengan dua tangan.Terharu katanya.Bila aku cerita something yang memang sweet,benda sama jugak dia buat.Sweet sangat katanya.Dia ni mudah melenting bila tahu cerita yang memang boleh buat orang rasa nak sepak-sepak je watak dalam cerita tu.Bukan drama dekat TV k.Alaaa biasalah weh.Hidup dekat sekolah menengah kan.Mesti lah ada yang jealous bagai kan.Jealous lah sangat dengan aku yang kelam kabut nih.Sheshhh tetiba hina diri sendiri.Tell you what,aku rindu Najwa actually ;( Last time jumpa dia masa join Pecutan Akhir AddMaths dekat PPD Bachok.Tapi tak sempat borak-borak panjang.Kitorang duduk jauh-jauh.Masa ni aku duduk dengan Fatina and Amni.Tapi best jugak actually duduk dengan diorang.Makan makan makan and makan je weh haha.Memang meja sebelah tengok lain macam dah.Tapi guwa buat muka tak layan harhar.Kan senang hidup ;3

K bye you olls :*